DJI sedia memperkenalkan Osmo Mobile 2 lebih kurang setahun yang lalu dan terbaru mereka mengemaskini versi seterusnya dengan penawaran yang lebih menarik.
Gimbal untuk telefon pintar generasi ketiga, DJI Osmo Mobile 3 telah diperkenalkan dengan beberapa ciri menarik dan yang mendapat tumpuan adalah reka bentuknya boleh dilipat bagi memudahkannya dibawa kemana-mana.
Tampil dengan saiz pendek dan ringan (405g) berbanding model sebelumnya, butang fungsi juga berada pada kawasan yang selesa untuk penggunaan satu tangan. Jangka masa bateri berkuasa dikatakan lebih kurang sama seperti Osmo Mobile 2 iaitu sekitar 15 jam dimana ia dicas masuk melalui port USB-C.
Antara ciri-ciri yang ditampilkan pada DJI Osmo Mobile 3 seperti, Active Track 3.0, isyarat gerak tangan, mod sukan, serta story mode. Gimbal ini sudahpun mula dijual dan ia dipasarkan pada harga $119 (~RM499).
Sumber: DJI