Seiring dengan kemajuan negara kearah sistem pembayaran tanpa tunai, U Mobile hari ini tampil mengumumkan dua penyelesaian pembayaran dalam talian, GoPayz serta GoBiz.
Penawaran dibuat dengan menyasarkan dua golongan berbeza, GoPayz sebagai perkhidmatan e-dompet bagi pengguna sementara bagi peniaga pula, mereka boleh menggunakan GoBiz. GoBiz diperkenalkan untuk penyelesaian penerimaan bayaran digital, sesuai digunakan pada semua jenis perniagaan.
GoPayz
Menarik mengenai perkhidmatan GoPayz, ia bukan sahaja diakses dari dalam telefon pintar malah turut menyokong penggunaan melalui kad fizikal seperti Mastercard, Visa dan juga UnionPay. Sokongan pada kad fizikal ini membolehkan pembayaran dibuat tidak hanya terhad didalam negara malah boleh digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Ciri-ciri unik GoPayz adalah seperti berikut:
- Perkhidmatan Kewangan Digital Mampu Milik – Pelbagai tawaran
insurans, pertukaran mata wang dalam talian, dan produk kewangan direka
mengikut keperluan individu. Misalnya, produk insurans mikro GoLife Plus
menawarkan premium serendah RM13 sebulan dengan jumlah perlindungan
sehingga RM 76,000. - Diterima di Mana-mana Sahaja – Pelanggan boleh membuat bayaran di
mana-mana sahaja, di dalam serta luar negara menerusi GoPayz Mastercard,
UnionPay, Visa maya dan kad fizikal, baik dalam talian mahupun peruncitan
fizikal. - Boleh Diakses pada Bila-bila Masa – Pelanggan boleh menjalankan semua
urusan transaksi menerusi aplikasi mudah alih mereka dengan mudah. - Ganjaran Hebat – Kumpul mata ganjaran kesetiaan daripada pelbagai
transaksi untuk menerima ganjaran kejutan menerusi transaksi-transaksi
berkelayakan. - Keselamatan Dijamin – Semua transaksi akan dijalankan secara selamat
berdasarkan peraturan dan piawaian skim kad.
GoBiz
Seperti yang dinyatakan diatas, GoBiz merupakan platform yang boleh dimanfaatkan oleh semua jenis perniagaan. Ciri-ciri yang tersedia pada GoBiz adalah;
- Proses Pemohonan yang Mudah – Diluluskan dalam 3 hari bekerja.
- Penyelesaian yang Diperibadikan – Pemilik perniagaan boleh
mendigitalkan penerimaan bayaran mereka dengan pelbagai penyelesaian
seperti mobile point-of-sale (mPOS), atau mobile virtual terminal (MVT). - Penerimaan yang Luas – GoBiz bekerjasama dengan Mastercard, UnionPay
dan Visa, sekaligus memberikan fleksibiliti kepada pemilik peniagaan untuk
menerima bayaran daripada pelanggan tempatan serta antarabangsa. - Peluang untuk Meningkatkan Pendapatan – Pemilik perniagaan yang
menggunakan GoBiz boleh memilih pelbagai perkhidmatan penjanaan
pendapatan seperti tambah nilai prabayar syarikat telekomunikasi,
pembayaran bil, serta mata permainan untuk ditawarkan kepada pelanggan
mereka. - Keselamatan Dijamin – Semua transaksi akan dijalankan secara selamat
berdasarkan peraturan dan piawaian skim kad.
Kedua-dua perkhidmatan akan ditawarkan bermula bulan Julai depan. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan UMobile ini, boleh kunjungi laman sesawang GoPayz dan GoBiz.