Adobe Lightroom merupakan perisian yang dibagunkan oleh Adobe khusus untuk penyuntingan gambar. Ianya lebih mudah digunakan berbanding dengan Photoshop.
Kepada anda yang berminat untuk menggunakannya pada peranti Android, boleh sahaja ikuti tutorial ringkas berikut.
Pertama sekali pasang aplikasi Adobe Lightroom daripada Playstore.
Sebelum itu anda dikehendaki untuk log masuk menggunakan akaun Google.
Seterusnya pilih New Item > Album
Berikan nama pada album tersebut, seterusnya klik OK
Untuk memulakan proses penyuntingan gambar, pilih gambar daripada peranti
Seteah siap pemilihan gambar, tap pada tombol Add
Setelah selesai proses memuat, mulakan proses penyuntingan dengan memilih jenis suntingan yang terdapat pada bahagian bawah.
Apabila selesai menyunting, simpan hasil karya anda tersebut dengan menekan pada tombol tiga titik dan pilih menu save to device.
Seterusnya buat pilihan tahap kualiti gambar yang ingin disimpan. Selesai.
Anda boleh lihat hasil suntingan tersebut pada bahagian galeri peranti.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.