Beberapa hari lepas, video acah peranti kelas atasan bagi Redmi sudah dikongsikan dan memberi petunjuk penggunaan kamera hadapan terangkat.
Kini mengambil giliran adalah poster yang didakwa sebagai Redmi X itu mula tertiris di internet memperlihatkan rupa bentuk lebih jelas peranti tersebut.
Ia bagaimanapun menimbulkan sedikit keraguan dan ada yang berpendapat ia hanyalah imej yang disunting. Rekaannya hampir menyerupai Mi 9 tetapi perbezaan adalah pada panel hadapan yang tidak mempunyai takuk serta dilengkapi dengan kamera swafoto terangkat.
Redmi X dijangka hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 dan sama ada poster diatas adalah rupa paras sebenar peranti ini, sama-sama kita nantikan pelancarannya rasminya yang dikatakan akan berlangsung tidak lama lagi.
Sumber: Weibo via GSMArena