Hampir kesemua pelayar menyediakan fungsi mencari perkataan ataupun ayat pada paparan laman sesawang. Kepada anda yang masih belum tahu akan caranya, berikut kami kongsikan dua kaedah yang boleh dicuba.
Kaedah 1
Carian pada paparan laman sesawang. Tekan kekunci Ctrl + F untuk pengguna Windows manakala untuk pengguna Mac, Command + F.
Setelah kombinasi kekunci tersebut ditekan maka akan muncul paparan berikut.
Taip sahaja perkataan atau ayat yang ingin dicari,
sekiranya ada maka pelayar akan memaparkannya.
Kaedah 2
Carian terus pada laman sesawang menggunakan Google. Pada bahagian alamat masukkan
site:”laman sesawang” “perkataan yang ngin dicari”
site:wiser.my iphone
Maka google akan memaparkan setiap pautan yang muncul dengan perkataan iphone pada laman sesawang wiser.my
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.