Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Gobind Singh Deo hari ini, telah mengumumkan kehadiran projek rintis rangkaian 5G.
Dua kawasan yang terlibat dengan projek itu, Cyberjaya dan Putrajaya bakal menjadi bandaraya pertama di Malaysia dengan kemudahan teknologi tersebut.
Dikatakan akan bermula pada April ini, beliau menyatakan tiada tempoh yang ditetapkan untuk projek rintis tersebut, tetapi mengharapkan petunjuk baru dapat dihasilkan dalam masa enam bulan.
Selain itu, dalam tempoh percubaan tersebut, syarikat pengendali telekomunikasi dan lain-lain pihak dalam industri akan menjalankan percubaan teknologi 5G masing-masing dan akan dibantu oleh SKMM.
Sumber dan kredit foto: Bernama