Bermain permainan video bukan sahaja terhad pada konsol dan PC sahaja pada hari ini. Telefon pintar juga berkemampuan dalam memainkan permainan video dengan kualiti yang baik.
Selain menawarkan perkakasan yang baik, perisian yang terbaik juga adalah penting dalam memastikan games dapat dimainkan dengan lancar.
Jika sebelum ini Huawei memperkenalkan GPU Turbo, kini tiba gelaran Samsung pula untuk memperkenalkan perisian yang hampir sama iaitu Neuro Game Booster.
Menurut laporan Galaxy Club, Samsung Galaxy S10 dijangka akan menjadi peranti pertama yang akan menggunakan teknologi ini.
Samsung ketika ini membekalkan Game Launcher bersama telefon keluaran mereka dan dengan adanya Neuro Game Booster ini nanti, ia dijangka akan memberikan lebih kuasa kepada telefon keluaran mereka.
Sumber: Galaxy Club