Dari guru kimia yang menghidap kanser hinggalah mengetuai empayar penjualan dadah, drama bersiri ini sememangnya menjadi perhatian suatu ketika dahulu.
Selepas 5 tahun berakhir, Breaking Bad dilapor akan muncul kembali, tetapi kali dalam bentuk aplikasi permainan.
Mengutip laporan dari The Hollywood Reporter, permainan Breaking Bad: Criminal Elements sedang dibangunkan oleh Plamee dan diterbitkan oleh FTX Games. Ia akan ditawarkan secara percuma diramal hadir menemui peminat pada tahun ini.
Fokus permainan sudah semestinya berkisar tentang dua watak utama, Walter White dan Pinkman tetapi pemain berpeluang menemukan karakter-karakter lain seperti Gustavo Fring, Saul Goodman dan lain-lain lagi.
Anda salah seorang peminat Heisenberg? Adakah anda akan menantikan permainan ini.
Sumber: The Hollywood Reporter