Rasanya semua sudah maklum dengan kualiti gambar yang dihasilkan menerusi aplikasi GCam dari Google.
Kali ini, kami ingin tunjukkan langkah-langkah menggunakan GCam pada peranti terbaru dari Asus iaitu ZenFone Max Pro M2.
Zenfone Max Pro M2 boleh dikatakan baik dalam kelasnya dari setiap aspek tetapi kualiti kameranya lebih-lebih lagi waktu malam tidak begitu kemas.
Jangan risau, anda tidak perlu root peranti, tidak perlu menyahkunci bootloader.
- Pertama sekali, muat turun serta pasang adb dan fastboot drivers(1) ke dalam komputer atau laptop anda.
- Kemudian muat turun fail adb (2) ini dan ekstrak di desktop anda.
- Pastikan anda mengaktifkan developer option pada Zenfone Max Pro M2 (Settings > Systems > tekan About Phone sebanyak 7 kali)
- Pergi ke bahagian Developer Option untuk aktifkan USB Debugging pula.
- Matikan peranti, tekan serentak dua butang (Volume Up+Power button) untuk masuk mod fastboot.
- Sambungkan telefon pintar menggunakan kabel pada laptop.
- Buka fail adb (2) yang sudah di-ekstrak tadi.
- Tekan lama butang Shift pada laptop dan dalam masa yang sama klik kanan pada ruang kosong dalam fail adb(2).
- Paparan akan terbuka menunjukkan Open PowerShell atau Open Command (berbeza mengikut versi Windows).
- Klik pada Open PowerShell atau Open Command tersebut dan tetingkap arahan akan keluar.
- Anda perlu taip dua arahan (satu-persatu) untuk mengaktifkan Camera 2 api pada Zenfone Max Pro M2.
- Taip arahan pertama seperti ini .\fastboot devices
- Selepas itu tekan Enter dan laptop akan mengesan telefon anda. Jika terdapat ralat atau garis merah, ia bermaksud adb dan fastboot drivers (1) tidak dipasang dengan betul.
- Jika tiada sebarang masalah, masukkan arahan kedua .\fastboot oem enable_camera_hal3 true dan terus tekan Enter.
- Paparan akan menunjukkan mesej OKEY, FINISHED bermaksud anda sudah berjaya mengaktifkan Camera 2 API pada peranti Max Pro M2.
- Untuk mengesahkan proses diatas, muat turun Camera2 Probe dan periksa level 3 berwarna hijau dan telah ditanda.
- Sekarang anda boleh gunakan salah satu GCAM dibawah
- Pixel 3 GCam (buat masa sekarang tidak menyokong kamera selfie)
- Pixel 2 GCam (sokongan untuk kedua-dua bahagian kamera,depan dan belakang)