Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dari 1 hingga 14 Jun ini pastinya membuatkan isi rumah anda sentiasa penuh dengan ahli keluarga.

Keadaan itu sekaligus akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik juga akan meningkat.

Maka tidak hairanlah jika bil elektrik rumah anda nanti akan menjadi sedikit tinggi dari biasa.

Jadi bagi membantu orang ramai meminimumkan penggunaan tenaga elektrik rumah mereka, Tenaga Nasional Berhad (TNB) ada memberikan panduan dan cadangan yang boleh diamalkan orang ramai supaya penggunaan elektrik rumah menjadi yang lebih cekap dan efisien.

Baca juga: TNB Tawar Pasang Sistem Solar Di Rumah Dengan Pelan Ansuran Mudah

Berikut adalah 9 tips dari TNB cara bijak untuk menjimatkan tenaga di rumah anda:-

  1. Kurang penggunaan gadget tetapi lebihkan masa bersama keluarga. Jadi gadjet-gadjet peranti pintar dan komputer rumah anda tidak kerap menggunakan tenaga elektrik.
  2. Selepas selesai membasuh baju, keringkan baju-baju itu dengan menyidainya di bawah sinaran matahari pada hari cerah. jangan terlalu bergantung kepada mesin pengering baju yang kuat memakan tenaga elektrik.
  3. Jangan biarkan barang di dalam peti sejuk anda tidak tersusun. Ini kerana tahukah anda, barangan yang tersesusun kemas di dalam peti sejuk membantu menjimatkan tenaga.
  4. Jangan biarkan komputer terus biar terpasang. Jika tidak digunakan adalah lebih baik anda memadamnya sahaja.
  5. Rajin seterika baju memang bagus. Tapi sebaiknya kumpul dan gosok baju dengan kuantiti yang banyak sekaligus setiap minggu.
  6. Jika rumah anda masih menggunakan lampu bukan LED, sebaiknya gantikannya dengan lampu LED yang lebih jimat tenaga.
  7. Jangan amalkan sudah cerah lagi bersuluh. Pada siang hari, pastikan lampu-lampu di dalam rumah sudah ditutup. Pencahayaan semula jadi adalah lebih baik untuk kesihatan mata anda.
  8. Membasuh baju sedikit-sedikit dengan kerap akan menyebabkan mesin basuh anda menggunakan banyak tenaga elektrik. Jadi pastikan baju yang ingin dibasuh sudah penuh barulah membuat cucian dengan mesin basuh.
  9. Jika rumah anda menggunakan penghawa dingin, pastikan semua pintu dan tingkap rumah anda tertutup rapi ketika penghawa dingin dihidupkan.

Sumber: TNB