Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

8+1 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli iPad Gen-10

Posted on November 7, 2022November 7, 2022

Pada bulan Oktober yang lepas, Apple secara rasminya telah pun melancarkan iPad terbaru mereka yang merupakan iPad generasi ke-10.

Harga jualan bagi iPad gen-10 ini adalah bermula dari RM2,099 untuk model Wi-Fi dengan storan 64GB. Manakala bagi model iPad dengan sambungan Wi-Fi+Selular dan storan 64GB pula berharga dari RM2,849.

Tetapi sebelum anda membeli iPad terbaru ini, terdapat 8+1 perkara yang patut anda tahu.

{snap}

1. Reka bentuk baru

Apple mengemas kini reka bentuk iPad Gen-10 mereka dengan menampilkan rekaan baharu dengan bahagian sisi yang mendatar dan besar. Malah sokongan Touch ID juga kini diletakkan pada butang sisi.

{snap}

2. Hanya sokongan Apple Pencil generasi terdahulu

iPad Gen-10 menyokong aksesori Apple Pencil. Cuma peliknya adalah ia hanya menyokong Apple Pencil dari generasi pertama sahaja. Tidak untuk Apple Pencil generasi ke-2.

Walhal, iPad Pro, iPad Air dan iPad mini menyokong Apple Pencil gen-2.

{snap}

3. 5G dan Wi-Fi

iPad gen-10 dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi 6 yang dapat menyokong spektrum jalur lebar yang lebih tinggi. iPad dengan sambungan Wi-Fi+selular sedia untuk menyokong rangkaian 5G.

Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada semakan di laman Digital Nasional Berhad (DNB) setakat ini, peranti ini masih belum disenaraikan sebagai peranti yang sudah tersedia menyokong rangkaian 5G Malaysia.

{snap}

4. Kamera ditambah baik

Kamera utama iPad kini dilengkapi dengan kamera tunggal 12MP. Bukan lagi kamera dengan sensor 8MP. Jadi kualiti gambar dari kamera iPad gen-10 ini dijangka lebih baik dari generasi sebelumnya.

{snap}

5. USB-C

Akhirnya untuk generasi ke-10, Apple menggantikan sambungan Lightning dengan USB-C untuk iPad terbaru ini. Sepatutnya begitulah kerana iPad Pro, iPad Air dan iPad mini sudah lama menggunakan sambungan USB-C.

{snap}

6. Skrin lebih besar

Mungkin anda tidak perasan dengan sekali pandang, tetapi sebenarnya iPad gen-10 dilengkapi dengan skrin yang sedikit lebih besar di mana paparan iPad kini bersaiz 10.9 inci.

{snap}

7. 4 Pilihan warna

iPad kini bukan didatangkan dengan 2 pilihan warna tetapi sebanyak 4 pilihan warna iaitu Silver, Kuning, Biru dan Pink.

{snap}

8. Sekadar cip Bionic A14

Untuk kuasa pemprosesan pula,iPad terbaru Apple ini dikuasakan oleh cip Bionic A14. Untuk pengetahuan anda, cip Bionic A14 telah diperkenalkan pada September 2020 dahulu.

Jadi usia cip A14 yang digunakan pada iPad gen-10 ini sudah berusia lebih 2 tahun yang turut menjadi nadi kepada iPhone 12 dahulu.

{snap}

9. Info tambahan tentang USB-C iPad Gen-10 yang tidak dinyatakan Apple

Walaupun iPad terbaru ini kini menggunakan sambungan USB-C, tetapi kelajuan sambungan ini adalah perlahan.

Berdasarkan kepada laporan oleh The Verge, kelajuan sambungan USB-C pada iPad gen-10 adalah terhad kepada kelajuan USB 2.0 sahaja.

Bermakna kelajuan sambungan USB-C iPad gen-10 hanya selaju 480Mbps sahaja untuk pindahan data. Kelajuan itu adalah sama sepertimana kelajuan pindahan data iPad gen-9 menerusi sambungan Lightning.

Untuk pengetahuan anda,kelajuan pindahan data sambungan USB-C pada iPad Air mampu mencapai kelajuan sehingga 10Gbps.

USB-C pada iPad Air gen-4 pula mampu mencapai kelajuan pindahan data sehingga 5Gbps dan USB-C iPad Pro mampu mencapai kelajuan pindahan data sehingga 40Gbps.

Sumber: MacRumors, The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress