Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) hari ini mengesahkan bahawa sebanyak 8 permainan e-sukan akan membuat penampilan sulung secara rasmi pada Sukan Asia Hangzhou yang dijadualkan akan berlangsung pada 10 hingga 25 September 2022 nanti.
Sebelum ini, pada Sukan Asia 2018 dahulu, e-sukan hanya dipertandingkan sebagai sukan demonstrasi sahaja di mana pingat yang dimenangi peserta e-sukan tidak dikira secara rasmi pada masa itu.
Judul-judul permainan yang terpilih itu dipilih berdasarkan kriteria pemilihan yang mematuhi syarat termasuklah Nilai Olimpik yang ditetapkan oleh AESF dan Majlis Olimpik Asia (OCA).
8 Judul permainan e-sukan terpilih untuk dipertandingkan di dalam Sukan Asia itu nanti adalah;
- Arena of Valor Asian Games Version
- DOTA 2
- Dream Three Kingdoms 2
- EA SPORTS FIFA branded soccer games
- HearthStone
- League of Legends
- PUBG Mobile Asian Games Version
- Street Fighter V
Selain daripada 8 judul itu, AESF turut mengumumkan 2 lagi gelaran untuk dipertandingkan sebagai sukan demonstrasi di Sukan Asia 2022 nanti
Ia adalah bagi mempromosikan e-sukan yang berasaskan teknologi di dalam Sukan Asia.
2 gelaran itu adalah;
- AESF Robot Masters – Powered by Migu
- AESF VR Sports – Powered by Migu