Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

75% Nombor Telefon Pengguna Malaysia Telah Dibocorkan – Gogolook

Posted on April 7, 2023April 8, 2023

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Gogolook dengan kerjasama Constella Intelligence, penyedia perkhidmatan perlindungan risiko digital antarabangsa berkenaan analisis kebocoran nombor telefon di beberapa pasaran utama, 75% nombor telefon pengguna di Malaysia didapati telah dibocorkan.

Dalam laporan Gogolook 2022 Annual Fraud Report yang diterbitkan itu, kebocoran nombor telefon di Malaysia adalah yang tertinggi diikuti oleh Taiwan (65%), Jepun (56%) dan Thailand (45%).

Menurut Gogolook lagi, 3 item bocor teratas yang berlaku di Taiwan, Thailand, dan Malaysia adalah melibatkan kata laluan log masuk, nombor telefon, dan nama.

Untuk tempat ke-4 hingga ke-8 pula adalah data berkaitan kewarganegaraan, e-mel, alamat, hari lahir, dan nombor ID.

Tetapi berbeza di Jepun dan Korea, jenis data utama teratas (mengikut turutan) yang dibocorkan pula adalah nama, kata laluan log masuk, dan nombor telefon.

{suggest}

Sumber: Gogolook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress