Sebuah firma keselamatan Jerman, Exodus menentang aplikasi pengurusan kata laluan iaitu LastPass selepas mereka menemui 7 penjejak pada aplikasi tersebut di Android.

Berikutan masalah ini, privasi pengguna juga menjadi persoalan adakah masih selamat untuk digunakan.

Ini kerana aplikasi seumpama seperti 1Password atau KeePass tidak mempunyai sebarang penjejak yang dipasang pada aplikasi mereka. Antara penjejak yang hadir adalah termasuk Google, AppsFlyer, MixPanel dan Segment.

Sebagai contoh, Segment mengambil data pengguna kepada bahagian pemasaran yang pasti ia adalah bertujuan untuk pengiklanan.

Jurucakap LastPass membalas kenyataan ini dimana mereka berbuat demikian adalah bagi meningkatkan kualiti serta berjanji tidak mengambil maklumat peribadi.

Namun, pengguna masih boleh menutup penjejak ini dengan mengubahnya pada tetapan privasi dalam LastPass.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan aplikasi yang melibatkan maklumat yang sensitif.

Buat pengetahuan, LastPass adalah aplikasi pengurusan kata laluan yang boleh digunakan pada telefon atau komputer dalam memudahkan pengguna untuk log masuk atau mencipta kata laluan yang selamat.

Sumber: theregister