Sekiranya anda gemar mengubah ikon pada antaramuka telefon pintar Android, ini adalah berita baik bagi anda. Google PlayStore menawarkan muat turun secara percuma untuk 7 pek ikon yang sebelum ini dicas antara ~RM2 hingga kepada ~RM9.
Penawaran muat turun secara percuma ini hanya dibuat dalam tempoh masa yang terhad.
Berikut merupakan nama-nama pek ikon dan jangka masa tamat tempoh promosi percuma (masa tamat berdasarkan artikel ini ditulis). Untuk muat turun sila klik pada nama pek ikon tersebut.
1. Minimal-O
2. MIUI 9
3. MIUI 8
4. Burm
5. Corvy
6. Flix Pixel
7. Memies