Google telah mendedahkan terdapat sebanyak 7 kecacatan kritikal pada aplikasi pelayar Google Chrome yang menyebabkan pelayar tersebut terdedah penggodaman.

Ekspoitasi ke atas kecacatan pelayar tersebut membolehkan penggodam mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas komputer yang disasarkan.

Isu ini melibatkan pengguna pelayar Google Chrome bagi platfom Windows, Mac dan Linux.

Berikut adalah 7 kecacatan tersebut sepertimana yang dilaporkan oleh pihak Google:-

  • High CVE-2021-30598: Type Confusion in V8
  • High CVE-2021-30599: Type Confusion in V8
  • High CVE-2021-30600: Use after free in Printing
  • High CVE-2021-30601: Use after free in Extensions API
  • High CVE-2021-30602: Use after free in WebRTC (Web real-time communications)
  • High CVE-2021-30603: Race in WebAudio
  • High CVE-2021-30604: Use after free in ANGLE (Almost Native Graphics Layer Engine)

Berikutan itu, pengguna Chrome dinasihatkan menyemak versi aplikasi tersebut dengan memastikan versi Chrome yang digunakan adalah 92.0.4515.159 atau terbaru.

Versi pelayar Chrome boleh disemak melalui Settings > Help > About Google Chrome.

Jika versi Chrome yang anda gunakan sekarang adalah versi terdahulu, anda syorkan mengemas kini segera aplikasi pelayar Google Chrome yang digunakan dalam komputer anda.

Sumber: Google, Forbes