Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini dalam kenyataan telah mengeluarkan 64 kompaun bernilai RM3.2 juta pada suku kedua kepada 4 syarikat telekomunikasi.

Ia adalah disebabkan kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik serta ketidakpatuhan kepada Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna akhir.

Berdasarkan nilai keseluruhan, Maxis menerima 54 kompaun dengan nilai RM2.7 juta. Manakala 10 kompaun lagi dikenakan kepada U Mobile, Digi dan XOX.

Di samping itu, tindakan ini diambil bagi memastikan hak pengguna diberi keutamaan. Malah, syarikat telekomunikasi juga digesa untuk lebih tegas terhadap ejen-ejen mereka dalam mematuhi garis panduan dan tidak mengabaikan keselamatan pengguna.

Sumber: SKMM

Baca juga artikel berkaitan: