Tablet merupakan satu peranti dalam bentuk optimum bagi pengguna untuk melakukan tugasan profesional seperti pelajar, pekerja pejabat dan lain-lain.
Memandangkan begitu banyak peranti tablet yang ada di luar sana yang datang dari pelbagai jenama, sukar untuk kita membuat pilihan yang terbaik bagi bajet ini.
Oleh itu, ini adalah 6 tablet Android terbaik dan berbaloi di bawah harga RM2,000.
{snap}
Samsung Galaxy Tab S7 FE (RM1,899)
Samsung Galaxy Tab S7 FE ini adalah model paling terbaik dengan prestasi dan kualiti yang diberikan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.
Menggunakan cip Snapdragon 778G yang berkuasa dan efisien, setiap tugasan dapat dilakukan dengan mudah dan cekap.
Tambahan lagi, tablet ini mempunyai saiz bateri 10,090mAh yang ‘gedabak’ dan pengecas berkapasiti 45 Watt, pengguna tidak akan menghadapi sebarang masalah bateri.
{snap}
realme Pad X 5G (RM1,699)
realme Pad X 5G merupakan sebuah tablet unik yang mempunyai slot kad SIM kerana tablet adalah sebuah peranti yang kebiasaannya tiada sokongan tersebut.
Pad X 5G dikuasakan cip Snapdragon 695 5G, memori RAM sebesar 6GB dengan storan 128GB. Selain itu, realme memberi slot mikroSD untuk storan tambahan kepada pengguna.
Tablet ini mempunyai bateri sebesar 8,340mAh dengan pengecasan pantas 33W dan mempunyai 1 tahun jaminan daripada realme Malaysia.
{snap}
Xiaomi Pad 5 (RM1,449)
Tidak seperti realme Pad X 5G, tablet Pad 5 tidak mempunyai slot untuk kad SIM tetapi ia dikuasakan cip Snapdragon 860 – paling berkuasa berbanding tablet-tablet yang lain dalam senarai ini.
Selain itu, ia mempunyai memori RAM sebesar 6GB dan pilihan storan 128GB dan 256GB. Jadi pengguna tidak mempunyai sebarang masalah storan.
Skrinnya pula bersaiz 11 inci beresolusi WQHD (2K) dengan kadar segar semula 120Hz.
Ditambah pula padanan bateri bersaiz 8720mAh, Xiaomi Pad 5 adalah tablet yang memberi persaingan yang sengit kepada jenama-jenama lain.
{snap}
HONOR Pad 8 (RM1,399)
HONOR Pad 8 adalah tablet yang paling sesuai bagi mereka yang meminati peranti jenama ini. HONOR Pad 8 menggunakan cip Snapdragon 680 4G dengan sokongan Android 12 secara terus.
Berbanding tablet lain, HONOR Pad 8 disokong bateri sebesar 7,250mAh dan pengecasan pantas 22.5W. Selain itu, tablet ini menawarkan variasi 6GB RAM dan 128GB storan kepada pengguna.
{snap}
LENOVO Tab P11 Plus (RM1,399)
Lenovo Tab P11 Plus merupakan pesaing rapat bagi tablet HONOR. Berbanding HONOR Pad 8, tablet lenovo menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio G90T.
Selain memberi paparan bersaiz 11 inci, ia datang dalam variasi 6GB memori dan 64GB storan untuk pengguna.
Disamping itu, Lenovo Tab P11 Plus disokong bateri 7,700mAh dengan padanan pengecasan pantas 20W dan 1 tahun waranti daripada Lenovo Malaysia.
{snap}
OPPO Pad Air (RM1,099)
OPPO Pad Air adalah tablet pertama daripada OPPO yang masuk ke Malaysia dan merupakan tablet dengan harga paling ekonomi dalam senarai ini.
OPPO Pad Air dikuasakan cip Snapdragon 680 4G, memori RAM sebesar 4GB dan datang dalam variasi storan 64GB / 128GB.
Selain itu, tablet ini menawarkan Android 12 dari dalam kotak, bateri sebesar 7,100mAh dan pengecasan pantas 18W.