Sepanjang PS5 dikeluarkan secara rasmi, tidak ramai pengguna sedar akan kesilapan yang biasa mereka lakukan.
Memandangkan semakin ramai bilangan pengguna permainan konsol serta aksesorinya, beberapa kesilapan biasa yang perlu pengguna elakkan.
1. Memuat naik permainan yang sama untuk kali kedua
Ini merupakan kesalahan yang paling biasa didengari dan tidak mendatangkan sebarang masalah pada mulanya. Namun, kesilapan ini akan mendatangkan fail-fail yang menyusahkan di bahagian admin dan isu storan.
Sony masih lagi mengeluarkan siri PS4 dan keserasian antara PS5 amat bagus untuk pemain berpindah daripada konsol yang lama. Namun, ini akan menyebabkan pemain memuat turun dua versi permainan yang sama tanpa sengaja.
Jika pengguna memilih versi yang salah untuk dimuat turun, permainan tersebut akan datang dengan kualiti yang sangat rendah serta tidak optimum dengan PS5.
Pemain diingatkan untuk sentiasa menyemak semula tajuk di PS4 yang mencurigakan. Pilih versi yang diingini dan muat turunnya dengan menekan ikon “…” bersebelahan dengan butang Download di dalam Playstation Store.
2. Penggunaan ruang SSD yang terhad pada permainan PS4
PS5 hanya memiliki storan yang agak sedikit iaitu sebanyak 664GB. Jadi, pengguna tidak perlu membazirkannya dengan data yang boleh disimpankan pada ruang lain.
Selepas beberapa permainan yang bersaiz besar seperti God of War Ragnarok, Horizon Forbidden West, dan Call of Duty: Modern Warfare 2, pemain pasti akan kekurangan storan.
Permainan-permainan yang ada pada PS5 sangat memerlukan ruang yang besar. Pemain disarankan untuk melaburkan sedikit pada SSD untuk PS5.
Alternatif yang terbaik untuk pemain adalah untuk menggunakan kabel USB luaran. Tidak seperti PS5, pengguna boleh menggunakan kabel USB luaran untuk permainan yang tersedia di PS4.
Jika pengguna ingin berpindah daripada PS5 kepada PS4 dan memiliki storan permainan yang lama, pembelian SSD luaran merupakan cara yang terbaik serta murah.
3. Tidak memberi ruang untuk PS5 ‘bernafas’
Posisi konsol yang menegak kelihatan menggangu terutamanya jika pemain memiliki konsol yang lain seperti siri Xbox X|S atau Nintendo Switch.
Oleh kerana reka bentuk PS5 agak tebal, pengguna akan terasa sukar untuk meletakkan di tempat yang lebih kecil serta menjimatkan ruang. Namun, pengguna disarankan untuk memberi ruang di sekitar belakang dan atas tempat penyejuk konsol tersebut.
Jika konsol menjadi terlalu panas, pemain akan perasan impak yang berbeza diberikan sepanjang permainan berkenaan berlangsung.
4. Memenuhkan ruang storan dengan video
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, memori untuk PS5 sangat terhad jadi pengguna perlu memikirkan semula untuk menggunakannya walaupun hanya 1GB.
Jika pengguna tidak memberi perhatian kepada ruangan video serta membiarkan auto capture diaktifkan, maka ruangan storan akan semakin berkurang secara tidak sedar.
Ciri auto-capture merupakan sebuah idea yang bagus kerana sebarang waktu pemain menerima pencapaian di dalam permainan akan direkod. Namun, ciri ini juga akan memberi beban kepada konsol pemain.
Untuk menyahaktifkan tetapan tersebut, pergi ke ‘Captures and Broadcasts’ di tetapan, kemudian ‘Auto-Captures’ dan pilih ‘Trophies’.
5. Pembelian SSD yang salah
Kesalahan ini seringkali berlaku di kalangan pembeli yang hanya klik sahaja barangan tersebut tanpa membaca spesifikasi produk tersebut.
Pembelian SSD merupakan salah satu idea yang bernas seperti yang dinyatakan di atas, namun SSD itu perlu tepat dan tidak memberi sebarang impak kepada prestasi PS5.
Tidak semua SSD dicipta untuk fungsi yang sama. Sebagai contoh, SSD luaran hanya untuk menjalankan permainan PS4 di PS5. Tidak semua SSD juga yang boleh memenuhi spesifikasi yang diperlukan oleh konsol Sony.
Jika SSD itu tidak mempunyai sebarang heatsink, suhu akan terlampau meningkat dan boleh merosakkan konsol.
Saiz SSD juga amat penting untuk memastikan storan yang diberikan mencukupi untuk pengguna. 500GB SSD mempunyai harga yang berpatutan, namun 1TB SSD mempunyai pelaburan yang lebih bagus.
SSD itu perlu memenuhi keperluan minimum daripada SSD dari segi kelajuan agar permainan akan berjalan dengan lancar. Malah, masa yang diambil untuk menunggu akan berkurang.
Sudah tentu SSD yang mempunyai prestasi tinggi akan meningkatkan lagi proses muat turun permainan, pemindahan serta waktu menunggu. Namun, kelajuan yang tinggi akan menjadi sebuah komponen yang lebih mahal.
6. Kemas kini yang terabai
Ini merupakan sebuah kesalahan terbesar jika seseorang pengguna itu memilih untuk menjangkau kemas kini. Namun, kesalahan ini sudah menjadi kebiasaan untuk pengguna melakukannya berkali-kali.
Sudah pasti kaedah ini menjengkelkan kerana memerlukan masa yang agak panjang. Namun masalah-masalah seperti kehilangan tampalan kunci dan ciri-ciri kemas kini akan dihadapi pada masa yang akan datang.
Malah, pengguna juga akan mengalami masalah seperti isu keserasian juga dan perlu mengejar semula kesemua kemas kini yang telah terlepas.
Konsol PS5 sudah pasti kegembiraan untuk setiap pencinta permainan konsol di luar sana oleh kerana penambahan baharu pada koleksi mereka.
Akan tetapi, kesalahan yang kecil juga akan melambatkan pengguna tersebut pada masa yang akan datang.
{suggest}
Penjagaan kerap terhadap storan, perisian dan perkakasannya akan membuatkan kualiti konsol terjaga dan pengguna tidak perlu rasa tertekan atau terbeban sepanjang penggunaanya.
Sumber: TechRadar