Jika anda banyak berbelanja ‘online’ seperti di Shopee, Foodpanda, Grab, Lazada dan lain-lain, mempunyai kad kredit yang sesuai boleh bagi anda kelebihan buat jangka masa panjang.
Sebut saja kad kredit, ramai yang takut terjerat dengan hutang akibat tidak mampu menguasai nafsu dan kebebasan yang ada.
Jika anda yakin mampu menguruskannya, ia boleh membantu anda membina skor kredit (CTOS, CCRIS) yang baik.
Umumnya, kelebihan pulangan kad kredit terbahagi pada 2 sama ada cashback atau mata ganjaran.
Dengan cashback atau pulangan tunai, anda mendapat pulangan wang semula selepas berbelanja. Ia diberikan berdasarkan jumlah perbelanjaan bulanan.
Untuk mata ganjaran seperti points, ia diberikan untuk setiap jumlah tertentu, seperti RM1 untuk 5 mata.
{snap}
Citi Lazada Platinum
Gaji minimum untuk permohonannya ialah sebanyak RM24,000 setahun, bermakna RM2,000 sebulan.
Bagi caj tahunan, kad utama berharga RM100 namun percuma untuk 3 tahun pertama. Selepasnya, anda perlu guna minimum RM15,000 setahun untuk dikecualikan yuran bulanan.
Kad kredit ini menawarkan mata ganjaran sebagai pulangan ketika berbelanja.
10x mata ganjaran – Perbelanjaan di Lazada dan Lazada Wallet merangkumi tambah nilai dnn pembayaran.
5X mata ganjaran – Netflix, Apple, Spotify, YouTube, Steam, Playstation, GrabFood, Foodpanda, Domino’s Pizza, DeliverEat, Kurin. syarikat telekomunikasi dan insurans.
1X mata ganjaran – Semua transaksi runcit lain dan isian petrol.
Jika anda berbelanja minimum RM1,500 dalam satu penyataan bulanan, 1000 mata ganjaran akan diberikan.
Menurut Citibank juga, anda boleh dapat diskaun RM28 untuk pembelian setiap Isnin melalui baucar mingguan yang perlu ditebus di aplikasi Lazada.
Untuk terma, syarat, maklumat lanjut seperti balance transfer, caj bayaran minimum, caj bayaran lewat dan lain-lain, klik butang di bawah.
{snap}
Maybank Shopee
Gaji minimum untuk permohonannya ialah sebanyak RM24,000 setahun, bermakna RM2,000 sebulan.
Ia menawarkan mata ganjaran sebagai pulangan ketika digunakan.
Anda akan diberikan Shopee Coins sebanyak 5,000 selepas belanjakan sekurang-kurangnya RM300 dalam masa 2 bulan pertama anda terima kad.
5X Shopee Coins – Waktu promosi (Special Day) seperti Pay Day, Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, 9.9, 10.10, 11.11, 12.12.
2X – Transaksi di Shopee di luar Special Day.
4X Shopee Coins (Special Day) – Perbelanjaan tanpa sentuh, hiburan dan restoran.
2X Shopee Coins – Perbelanjaan tanpa sentuh, hiburan dan restoran luar Special Day.
1x Shopee Coins – Perbelanjaan lain-lain.
Menariknya, tiada yuran tahunan dikenakan sepanjang hayat anda gunakannya.
Namun, tiada mata ganjaran diberikan untuk transaksi dengan agensi kerajaan, pembayaran melalui FPX, JomPAY dan tambah nilai e-dompet.
Untuk terma, syarat, maklumat lanjut seperti balance transfer, caj bayaran minimum, caj bayaran lewat dan lain-lain, klik butang di bawah.
{snap}
Maybank Grab
Gaji minimum untuk permohonannya ialah sebanyak RM24,000 setahun, bermakna RM2,000 sebulan. Ia tersedia dalam 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih.
Jika anda banyak menggunakan GrabPay atau aplikasi Grab, kad ini sangat sesuai kerana mata ganjaran yang agak besar melaluinya.
Ia menawarkan mata ganjaran sebagai pulangan.
GrabRewards ialah mata ganjaran diberikan Grab ke dalam akaun Grab anda. Selepas anda aktifkan kad, 1,000 GrabRewards akan dimasukkan.
5X GrabRewards – Setiap RM1 dibelanjakan di Grab termasuk tambah nilai GrabPay.
2X GrabRewards – Setiap RM1 dibelanjakan di luar negara, sempadan dan dalam talian.
1X GrabRewards – Setiap RM3 dibelanjakan di Malaysia (selain transaksi di Grab dan dalam talian).
Untuk pastikan anda dapat mata sebanyak mungkin, tambah nilai GrabPay dan bayar menggunakannya berbanding gunakan kad kredit. Ini kerana anda akan dapat mata untuk tambah nilai dan transaksi melalui GrabPay.
Namun, tiada mata ganjaran diberikan untuk transaksi dengan agensi kerajaan, pembayaran melalui FPX, JomPAY dan tambah nilai e-dompet selain GrabPay.
Menariknya, tiada yuran tahunan dikenakan sepanjang hayat anda gunakannya.
Untuk terma, syarat, maklumat lanjut seperti balance transfer, caj bayaran minimum, caj bayaran lewat, cash advance, dan lain-lain, klik butang di bawah.
{snap}
CIMB e Credit Card
Gaji minimum untuk permohonannya ialah sebanyak RM24,000 setahun, bermakna RM2,000 sebulan.
Ia menawarkan mata ganjaran sebagai pulangan ketika digunakan.
Untuk kad utama (principal), pengguna dikenakan yuran RM100 setahun namun dikecualikan dari tahun ini sehingga 2025.
12X Bonus Points – Setiap 28 hari bulan untuk perbelanjaan dalam talian, auto-billing, penggunaan di kedai tanpa sentuh, penghantaran makanan dan e-dompet (Touch ‘n Go, GrabPay, Boost, BigPay dan Setel saja).
3x Bonus Points – Perbelanjaan dalam talian, auto-billing, penggunaan di kedai tanpa sentuh, penghantaran makanan dan e-dompet (Touch ‘n Go, GrabPay, Boost, BigPay dan Setel saja) selain 28 haribulan.
1x Bonus Points – Setiap hari untuk penggunaan di kedai melalui PIN.
Namun, CIMB tetapkan hanya 20,000 Bonus Points maksimum diberikan setiap bulan. Bermakna, jika anda berbelanja sehinga sepatunya dapat 50,000 mata, hanya 20,000 dimasukkan ke akaun anda.
Bonus Points ini kelak anda boleh tebus untuk beli barang dan sebagainya menerusi Pay With Points. Terdapat lebih 300 produk boleh dibeli melaluinya.
Untuk terma, syarat, maklumat lanjut seperti balance transfer, caj bayaran minimum, caj bayaran lewat, cash advance, dan lain-lain, klik butang di bawah.
{snap}
Hong Leong Wise
Gaji minimum untuk permohonannya ialah sebanyak RM24,000 setahun, bermakna RM2,000 sebulan.
Ia tidak menawarkan mata ganjaran, sebaliknya pulangan tunai atau lebih sering disebut “cashback”.
Untuk layak mendapat cashback 1% dan 8%, anda perlu belanja minimum RM500 sebulan. Jika tidak, cashback akan jatuh pada 0.25% bagi semua kategori dengan maksimum cashback RM1.25.
Jika cukup minimum RM500, setiap kategori pula cashback maksimum ditetapkan ialah RM15 sebulan.
Perbelanjaan dalam talian (Lazada, Shopee, Grab, Foodpanda, Touch N Go, MYEG, Spotify, Netflix, Apple Music) – 1% hari minggu, 8% hujung minggu.
Barangan runcit dan keperluan – Kedai runcit, farmasi termasuk Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Mercato, Guardian, Watsons, Caring Pharmacy, MyNews and 7Eleven – 1% hari minggu, 8% hujung minggu.
Caj tahunannya pula RM98. Untuk transaksi melibatkan agensi kerajaan dan JomPAY, anda tidak akan mendapat pulangan tunai.
Untuk terma, syarat, maklumat lanjut seperti balance transfer, caj bayaran minimum, caj bayaran lewat, cash advance, dan lain-lain, klik butang di bawah.
{snap}
RHB Shell Visa
Selain berbelanja dalam talian, jika anda juga seorang pelanggan setia Shell, maka kad RHB Shell Visa ini sesuai untuk anda.
Ia juga hadir dengan rekaan hitam yang menawan seperti Maybank Grab. Pulangan perbelanjaan diberikan melalui cashback.
Gaji minimum diperlukan ialah serendah RM24,000 setahun bersamaan RM2,000 sebulan.
Untuk caj tahunan, ia dikecualikan bagi tahun pertama. Jika mahu dikecualikan tahun selepasnya, perlu swipe minimum 24 kali setahun.
Kad ini menawarkan cashback namun peratusannya berdasarkan perbelanjaan keseluruhan anda sebulan.
RM800 – 5% untuk Shell manakala 1 % runcit, perbelanjaan dalam talian, tambah nilai e-dompet, utiliti.
RM1,500 – 8% untuk Shell manakala 2 % runcit, perbelanjaan dalam talian, tambah nilai e-dompet, utiliti.
RM2,500 – 12% untuk Shell manakala 5 % runcit, perbelanjaan dalam talian, tambah nilai e-dompet, utiliti.
Namun, cashback untuk Shell terhad RM50 sebulan, sama seperti kategori lain.
Untuk perbelanjaan runcit yang tidak dikategorikan, anda akan dapat pulangan sebanyak 0.2%. Namun, ia tidak dihadkan pada RM50 sebulan seperti kategori lain.
Ia tersedia dalam patuh syariah (i-Credit Card) dan tidak patuh syariah.
Untuk terma, syarat, maklumat lanjut seperti balance transfer, caj bayaran minimum, caj bayaran lewat, cash advance, dan lain-lain, klik butang di bawah.