Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

6 ‘Browser’ Terbaik Untuk Tahun 2023

Posted on Februari 1, 2023Februari 1, 2023

Pelayar adalah satu platform yang membolehkan kita mengakses jaringan internet di mana ia mempunyai pelbagai maklumat, kemudahan, laman sesawang dan lain-lain.

Pada ketika dahulu, Internet Explorer adalah adalah pelayar terawal yang boleh kita guna. Tetapi sayang sekali, pelayar Internet Explorer telah ditamatkan perkhidmatannya selepas 27 tahun berbakti kepada kita.

Oleh itu, saya berbesa hati untuk berkongsikan 6 pelayar terbaik yang boleh kita guna dan manfaatkan bagi tahun 2023 ini.

{snap}

Google Chrome (pelayar yang paling dikenali ramai)

Google Chrome adalah sebuah browser yang sememangnya ramai orang begitu familiar dengannya. Hal ini demikian kerana majoriti laman sesawang menyesuaikan kod paparan mereka dengan browser ini.

Oleh itu, masalah compatibility tidak menjadi isu. Walau bagaimanapun, Chrome tidak mempunyai banyak ciri unik sesebuah browser seperti VPN, tangkap layar, mod membaca dan lain-lain.

Selain itu, browser ini tetap mempunyai ciri-ciri lain seperti bookmark, sejarah pelayaran, pelbagai profil pengguna dan lain-lain lagi.

Namun, apa yang masih menjadi isu kepada pengguna PC ketika ini adalah Google Chrome masih lagi begitu kuat ‘memakan’ memori RAM sistem kita.

{snap}

Brave (sebuah pelayar yang kita inginkan daripada Google Chrome)

Brave ini adalah sebuah pelayar yang sama seperti Google Chrome tetapi jauh lebih hebat, pelbagai ciri, dan maju. Brave mempunyai ciri VPN dan penyekat iklan terbina sekali bersamanya.

Walaupun Brave guna kod enjin Chromium yang sama seperti Chrome, tetapi ia tawar ciri keselamatan dan privasi yang lebih baik.

Mod privasi yang ada pada Brave dikatakan lebih selamat dan dipercayai berbanding mod inkognito Chrome. Selain itu, Brave mempunyai ciri Brave Talk di mana pengguna boleh melakukan panggilan video hingga 4 orang dalam satu-satu masa.

Yang menariknya, ciri ini tidak memerlukan kita log masuk seperti Google Meet atau pun Zoom. Ia ditawarkan terus daripada pelayar ini sendiri.

Brave Rewards pula membolehkan pengguna mendapat ganjaran jika menonton iklan-iklan yang terpilih dalam masa yang ditetapkan. Pengguna akan diberikan ganjaran dalam bentuk mata wang kriptonya sendiri, Brave Bat (basic attention token).

{snap}

Mozilla Firefox (pelayar ini bukan logo Kurama dari Naruto Shippuden)

Firefox adalah sebuah projek sumber terbuka daripada Yayasan Mozilla yang menjadi pilihan banyak organisasi profesional dan media.

Firefox mempunyai ciri Multi-Account Containers yang sangat menarik. Ciri ini membolehkan pengguna log masuk pelbagai akaun yang berbeza ke dalam laman sesawang yang sama melalui tab yang berbeza.

Sejujurnya, itu adalah sebuah ciri unik yang sangat memudahkan ramai pihak daripada bidang media. Dan itu bukan sesebuah ciri yang mudah untuk dibawa atau ditawarkan Google Chrome.

{snap}

Apple Safari (pelayar lalai dari Apple untuk Mac dan iOS)

Safari mula memperkenalkan ‘mod membaca’ yang menyekat iklan dan video yang tidak diperlukan dalam laman sesawang yang sedang pengguna layari.

Ia mula diperkenalkan lebih 10 tahun lalu dan telah hadir ke dalam semua pelayar kecuali Google Chrome.

Selain itu, ia juga menyokong Apple Pay dan ciri “Sign in with Apple” menggantikan Google atau Facebook sebagai akaun utama untuk log masuk sesebuah laman sesawang.

Jika pembaca ada iPhone dan Mac, ciri Apple’s Handoff dalam Safari membolehkan kita menyambung sesi browsing di peranti yang berbeza.

{snap}

Microsoft Edge (lebih baik daripada Chrome tetapi ramai yang tidak tahu)

Edge boleh dikatakan sebagai pelayar profesional terbaik bagi pengguna Windows. Versi asalnya tidak dinafikan mempunyai banyak bugs dan masalah.

Tetapi dengan kemas kini yang bakal hadir ini, Edge bakal jadi lebih efisien, convenience dan stabil untuk kita.

Dengan teknologi Startup Boost, membuka tab dan laman sesawang yang baru dengan lebih cepat. Mod Efficiency Edge juga mampu mengoptimumkan penggunaan bateri.

Tidak lupa juga, Microsoft Edge juga menawarkan mod membaca seperti Safari tetapi lebih terperinci. Selain itu, Edge juga memberikan peluang pengguna merasai semula UI Internet Explorer melalui mod IE nya.

{snap}

Opera (pelayar paling inovatif dan paling kurang digunakan)

Mengikut sumber, pelayar Opera hanya mempunyai kadar penggunaan sekitar 2% sahaja. Tetapi Opera adalah pelopor kepada banyak inovasi baharu dalam sesebuah pelayar seperti tab, Cascading Style Sheets dan lain-lain.

Paling menarik, Opera mempunyai VPN terbina dan tersedia padanya yang melindungi privasi pengguna. Selain itu, Opera juga mempunyai penyekat iklan yang terbina sekali di dalamnya.

Opera juga mempunyai versi mudah alih, Opera Touch yang boleh dihubungkan ke PC pengguna melalui kod QR. Pengguna juga boleh memanfaatkan Opera GX yang direka khas sebagai sebuah enjin carian gaming untuk pengguna.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress