Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5G: Menteri Komunikasi Digital Sedia Jumpa DNB

Posted on Disember 5, 2022Disember 5, 2022

Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil mengesahkan beliau sedia berjumpa dengan pihak Digital Nasional Berhad (DNB) berkenaan pelaksanaan perkhidmatan 5G di Malaysia.

Semalam, Fahmi berkata dia sudah menerima penjelasan ringkas berkenaan pelaksanaan 5G daripada kementeriannya.

“I have not been fully briefed on the 5G rollout as yet. I look forward to meeting with representatives from DNB to understand the current situation.

Namun, beliau mahu mendengar sendiri daripada syarikat itu tentang hal itu termasuklah isu pengagihan spektrum serta menekankan akan mengenepikan sentimen peribadinya sewaktu duduk di kerusi pembangkang sebelum ini.

Katanya, situasi sekarang berbeza memandangkan beliau bertanggungjawab sebagai menteri dan isu ini perlu dibahas di Kabinet.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada beberapa jam sebelumnya mengesahkan bahawa kerajaan akan menilai semula kontrak dan pelaksanaan 5G.

Klik SINI untuk baca artikel penuh.

Tahun lalu, bekas Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin berkata pelantikan DNB telah dibuat oleh Kementerian Kewangan tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Apabila kita dipanggil oleh MOF untuk memberi kelulusan kepada DNB, kita tak bincang pun, tiba-tiba MOF panggil, kena beri kepada DNB.”

Tambah Zahidi, DNB memberikan alasan bahawa 4G yang dilaksanakan syarikat telco tidak siap sepenuhnya, jadi mereka mahu laksanakan 5G.

{suggest}

Sumber: Malay Mail, Malaysiakini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress