CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) telah bekerjasama dengan DHL Supply Chain Malaysia (DHL) untuk penyelesaian logistik kontrak, mengendalikan Sistem Pengurusan Inventori Autonomi Kecerdasan Buatan (AI) dikuasakan 5G yang pertama di Malaysia.
Dengan sokongan rangkaian 4G LTE dan sambungan 5G CelcomDigi, Pusat Logistik DHL yang terletak di Shah Alam kini dilengkapi dengan penyelesaian AI dan robotik terkini, untuk pengurusan inventori yang optimum dan cekap.
Kerjasama CelcomDigi dengan DHL itu dilaksanakan menerusi Pusat Inovasi CelcomDigi yang baru ditubuhkan.
Memanfaatkan teknologi 5G dan penyelesaian AI untuk mencipta sistem pengurusan inventori robotik, ia menyediakan pengurusan gudang multi-tingkat yang lebih baik.
Dengan memanfaatkan potensi dron autonomi, DHL melaksanakan pengurusan inventori harian dan tugasan operasi dengan penyelesaian pengiraan stok automatik dan teknologi visi komputer secara bebas untuk mencegah ralat manusia.
Penyelesaian ini akan meningkatkan kecekapan operasi pengiraan stok sehingga 20 kali ganda dan ketepatan sehingga 100%. Malah, ia akan mengoptimumkan penggunaan ruang dalam gudang dan mengurangkan penggunaan elektrik harian.
CelcomDigi dan DHL dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka akan meneruskan kerjasama bagi menilai pelaksanaan dron autonomi AI dan sistem pengurusan inventori robotik yang dikuasakan 5G merentasi semua gudang DHL di seluruh negara.
{suggest}
Sumber: CelcomDigi