Walaupun kita telah masuk ke penghujung tahun 2018, tetapi masih banyak telefon pintar baharu yang dikeluarkan. Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja pelancaran telefon pintar. Sampai satu tahap kita jadi pening hendak beli telefon bimbit jenama dan aspek yang bagaimana.
Di sini saya kongsikan harga telefon pintar bawah RM1400 dengan spesifikasi yang dilengkapkan dalam peranti tersebut. Tidak perlu berbelanja mahal-mahal pun,ada masih boleh memiliki telefon.
1. Oppo F9
Oppo Malaysia melancarkan F9 secara rasmi di pasaran pada bulan Ogos 2018. Ia hadir dengan paparan skrin sentuh 6.30 inci dengan resolusi 1080 piksel dan sensor cap jari.
Peranti ini mempunyai 3 warna iaitu Sunrise Merah, Twilight Blue, dan Purple Starry.
HARGA: RM1399
BATERI: 3500mAh
RAM: 4GB
KAPASITI: 64GB
KAMERA BELAKANG: 16 MEGAPIXEL (f / 1.8) + 2 MEGAPIXEL (f / 2.4)
KAMERA HADAPAN: 16 MEGAPIKSEL
SISTEM OPERASI: ANDROID OREO
SIM: DUAL-SIM
JENIS SIM: NANO SIM
2. Xiaomi Pocophone F1
Xiaomi Pocophone F1 telah dilancarkan di pasaran Malaysia. Ia memperkenalkan sebuah rekaan baru dengan yang menggunakan Snapdragon 845 yang merupakan cip pemprosesan dari Qualcomm.
Peranti ini hadir dengan skrin 6.18 inci dan paparan “full HD”.
HARGA: RM1299
BATERI: 4000mAh
RAM: 6/8GB
KAPASITI: 64/128/256GB
KAMERA BELAKANG: 12MEGAPIXEL f/1.9 + 5MEGAPIXEL f/2.0
KAMERA HADAPAN: 20MEGAPIXEL f/2.0
SISTEM OPERASI: ANDROID OREO
SIM: DUAL SIM
JENIS SIM: NANO SIM
3. Vivo V11i
Vivo v11i mula dilancarkan di Malaysia pada september lalu. Ia datang dengan ciri istimewa iaitu pengimbas cap jari pada skrin telefon pintar tersebut.
Skrin peranti ini 6.3 inci LTPS FHD dan ia boleh mengecas bateri dengan cepat.
HARGA: RM1299
BATERI: 3315mAh
RAM: 4GB
KAPASITI: 128GB
KAMERA BELAKANG: 16+5 MEGAPIXEL
KAMERA HADAPAN: 25 MEGAPIXEL
SISTEM OPERASI: ANDROID OREO
SIM: DUAL SIM
JENIS SIM: NANO SIM
4. Huawei Nova 3E
Peranti ini dilancarkan di Malaysia pada Mei lalu. Ia juga dikenali sebagai Huawei P20 Lite di pasaran luar. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.84 inci LTPS LCD FHD.
HARGA: RM1399
BATERI: 3000mAh
RAM: 4GB
KAPASITI: 128GB
KAMERA BELAKANG: 16+2 MEGAPIXEL f/2.2
KAMERA HADAPAN: 24-MEGAPIXEL f/2.0
SISTEM OPERASI: ANDROID OREO
SIM: DUAL SIM
JENIS SIM: NANO SIM
5. Nokia 6.1
Siapa tidak kenal dengan Nokia, ia pernah menjadi sebuah peranti kegilaan ramai suatu ketika dahulu. Kini Nokia telah kembali dengan pelbagai peranti baru dengan fungsi dan reka bentuk terkini.
Pada Februari lalu, Nokia 6.1 telah dilancarkan di Malaysia. Hadir dengan paparan “Full HD” dan skrin bersaiz 5.5 inci serta menggunakan cip Snapdragon 630.
HARGA: RM1100
BATERI: 3000mAh
RAM: 3/4GB
KAPASITI: 32/64GB
KAMERA BELAKANG: 16 MEGAPIXEL
KAMERA HADAPAN: 8 MEGAPIXEL
SISTEM OPERASI: ANDROID OREO
SIM: DUAL SIM
JENIS SIM: NANO SIM
Jadi lepas ini tak perlulah pening-pening lagi, anda hanya tinggal pilih peranti mana yang anda mahukan. Tak sampai RM 1,500 pun korang dah boleh dapat telefon baru yang serba canggih.