Sukan bola sepak merupakan sukan yang mempunyai populariti paling tinggi di dunia. Sukan ini turut dimainkan dalam pelbagai peringkat umur. Seiring dengan perkembangan teknologi, kebanyakan kejohanan, kelab-kelab mahupun skuad kebangsaan di dunia ini telah menggunakan teknologi moden.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan prestasi seseorang pemain mahupun pihak pengurusan. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan daripada berlakunya kontroversi dalam menentukan sebarang keputusan ketika sesuatu perlawanan sedang berlangsung.
Oleh itu, mari saya ceritakan serba sedikit tentang 5 teknologi bola sepak yang telah wujud pada masa kini.
Video Assistant Refree (VAR)
Video Assistant Refree (VAR) dalam bola sepak mula diperkenalkan dalam Laws of the Game pada tahun 2018 dan 2019. FIFA menilai dari aspek teknologi sistem VAR melalui Program Kualiti FIFA untuk memperhalusi tahap keberkesanan teknologi VAR dalam kejohanan bola sepak.
Sistem VAR telah dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Full VAR System dan VAR Light.
– Full VAR System:
- Video Operation Room (VOR) terletak berhampiran atau dalam stadium atau di kemudahan berpusat.
- Kedudukan VAR berhampiran dengan review monitor dan main camera feed.
- Kedudukan Assistant VAR (AVAR) berhampiran dengan main camera feed.
- Kedudukan Replay Operator (RO) berdekatan dengan review monitor dan semua camera feed.
- Kamera Video Operation Room (VOR) diletakkan pada kedudukan yang memudahkan untuk memantau semua elemen di atas.
- Terdapat juga teknologi pengesan Offside.
– VAR Light:
- Kedudukan alternatif untuk VOR mungkin berhampiran atau dalam stadium atau kemudahan berpusat.
- Kedudukan VAR berhampiran dengan review monitor dan main camera feed.
- Kedudukan AVAR berdekatan dengan main camera feed.
- Mempunyai teknologi pengesan offside.
- Terdapat juga kamera VOR.
- Terdapat juga monitor tambahan.
Secara kasarnya, Full VAR System menggunakan sekurang-kurangnya 4 kamera dan tiada had maksimum untuk jumlah. VAR Light pula menggunakan 4 hingga 8 kamera dan memerlukan kawalan penuh daripada sistem VAR itu sendiri.
miCoach Soccer
Menggunakan Bluetooth yang terdapat di dalamnya, Adidas dapat memberikan maklum balas segera dalam aplikasinya tentang tahap kelajuan, putaran dan lengkung tendangan pada bola oleh seseorang pemain.
Oleh yang demikian, ia boleh memberi gambaran kepada jurulatih dan pemain tentang prestasi seseorang pemain tersebut serta perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan oleh seorang pemain bola sepak.
Walaupun smartball ini mengikut piawaian FIFA dari segi lilitan dan berat, itu tidak bermakna bola ini sesuai untuk dimainkan setiap hari. Bola ini agak terlalu berat dan pastinya menyukarkan anda untuk mengawalnya.
Untuk pengetahuan anda, bola ini perlu di cas kerana ia menggunakan bateri. Jadi, bola ini akan kelihatan menarik persis power sphera.
Seperti yang saya nyatakan di atas, bola ini menggunakan bluetooth untuk disambungkan pada aplikasi. Kelemahan bola ini adalah ia tidak mengesan tendangan yang dilakukan ketika bola bergerak.
Maka, tendangan perlu dilakukan ketika bola berada dalam keadaan pegun atau statik seperti dalam situasi set piece. Sebelum anda merembat, anda perlu memastikan logo adidas menghadap anda dan simbol anak panah menghadap ke arah gawang. Jika tidak, bacaan yang direkod pada bola menjadi tidak tepat.
FootBonaut
Footbonaut merupakan mesin latihan bola sepak yang menembak bola pada kelajuan dan trajektori yang berbeza terhadap seseorang pemain. Mesin ini dapat meningkatkan kemahiran seseorang pemain dalam membuat sentuhan pertama, cara mengawal bola dan kemahiran membuat hantaran tepat yang perlu dilakukan pada petak yang disediakan.
Untuk pengetahuan anda, teknologi ini baru digunakan oleh dua kelab gergasi dari Jerman iaitu Borussia Dortmund dan Hoffeinhem. Kelab-kelab lain di dunia terutamanya eropah masih belum beradaptasi dengan teknologi ini.
Sekaligus menunjukkan bahawa teknologi ini masih belum berkembang. Namun, belum berkembang bukan bermakna teknologi ini tidak bagus. Mungkin kos untuk memasang teknologi ini agak tinggi.
Dalam sangkar robotik yang berukuran 14 meter, bola akan ditembak keluar dari sudut yang berbeza dan pada kelajuan yang berbeza. Bola boleh jatuh sama ada dari atas atau terbang keluar pada aras tanah.
Setiap pemain mesti mengawal dan menghantar bola ke petak yang mengeluarkan cahaya. Secara keseluruhan, terdapat 72 panel berlampu. Warna merah menandakan bahawa bola hampir tiba, manakala hijau memberitahu petak mana yang perlu pemain menghantarnya.
Bola yang ditembak boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 62 batu sejam (99km/j), tetapi halaju tersebut jarang dicapai.
Kadar purata pada setiap bola berjulat antara 37 (59km/j) dan 44 mph (70km/j) supaya pemain bola membiasakan diri dengan situasi sebenar di atas padang. Kepantasan dan pembolehubah setiap sesi boleh dikawal melalui aplikasi yang berada dalam telefon mudah alih dari bilik bersebelahan.
Electronic Performance & Tracking System (EPTS)
Electronic Performance & Tracking System (EPTS) merupakan teknologi yang merangkumi camera-based dan wearable technologies. Digunakan untuk mengawal dan meningkatkan prestasi pemain dan pasukan.
EPTS bukan sahaja berfungsi menjejaki kedudukan pemain dan bola tetapi juga boleh digunakan dalam kombinasi dengan peranti mikroelektromekanikal seperti mengira kadar pecutan, giroskop dan lain lain.
Selain itu, boleh juga menjadi pemantau kadar denyutan jantung dan nadi serta terdapat peranti lain pada sistem ini untuk mengukur beban atau parameter fisiologi.
Sistem ini mempunyai tiga jenis peranti yang boleh didapati di pasaran:
Optical-Based Camera System
– Kelebihan:
- Bilangan ukuran yang tepat.
- Masa pemasangan yang singkat
– Had:
- Hanya digunakan dalam sesebuah pasukan bola sepak profesional.
- Terhad pada kadar pengesanan bola yang tinggi serta mempunyai sampel.
Local Positioning System (LPS)
– Kelebihan:
- Dapat mengukur tahap kecergasan pemain pada tahap yang tinggi.
- Ketepatan data yang diukur dalam masa yang sebenar.
- Teknologi ultra-wideband dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya gangguan semasa penghantaran maklumat.
– Had:
- Pemasangan yang tetap.
- Kos pemasangan yang terhad.
- Masa pemasangan yang terhad.
Sistem GPS/GNSS
– Kelebihan:
- Dapat mencapai kadar pengukuran yang tinggi.
- Masa pemasangan yang singkat.
- Tidak memerlukan operator
– Had:
- Peranti yang digunakan pada pemain dan saiz peranti adalah terhad semasa hari perlawanan.
- Garis penglihatan isyarat satelit di stadium adalah terhad.
- Ketepatan data yang diukur adalah terhad.
GPS Sport Vest
Pemain bola sepak memakai jaket semasa latihan dan perlawanan kerana untuk mengetahui dan mengukur prestasi mereka di atas padang. Mereka memakai GPS Vest yang kelihatan seperti “sport bra”.
Vest ini direka untuk memegang pod di antara bilah bahu yang mengandungi GPS 10Hz, bacaan pecutan dan magnetometer.
Peranti GPS ini mampu menangkap lebih 1250 titik data sesaat untuk mengukur berapa banyak dan seberapa keras pemain bekerja.
Pemain serta jurulatih dapat menganalisis data seperti jumlah jarak, kelajuan tertinggi, bilangan larian, jarak pecutan, kuasa, beban, intensiti dan banyak lagi.
Teras metrik dipaparkan dalam sebuah aplikasi untuk atlet, saintis sukan, ahli fisioterapi, jurulatih serta sesiapa sahaja yang berkaitan.
Tujuannya, untuk membantu menganalisis sama ada pasukan mereka sedang berlatih secara optimum untuk memastikan prestasi pada hari permainan berada dalam tahap cemerlang. Dengan prestasi ini, dapat mengurangkan risiko kecederaan atau kecederaan berulang.
{suggest}
Sumber: IDN Times
Gambar utama: analyticsinsight