Sebelum ini telah dilaporkan tawaran Skim Internet Selangor (SISM40) yang merupakan inisiatif kerajaan negeri tersebut dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) memperuntukkan subsidi internet kepada golongan M40 sebagai respon terhadap luahan rasa kecewa mereka kerana kurang menerima bantuan.

Sebagai makluman peringatan semula, permohonan Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40) itu akan boleh dibuat mulai esok secara dalam talian.

Golongan berkenaan boleh menikmati subsidi antara RM10 hingga RM30 sebulan selama setahun dengan melanggan satu daripada lapan pakej ditawarkan di bawah pakej keluarga, pakej bujang dan pakej asas.

Jadi bermula esok, rakyat Selangor bolehlah ke laman sesawang https://www.sism40.com.my/ untuk memohon skim tersebut.

Antara syarat kelayakan untuk membolehkan anda memohon skim tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Selangor sekurang kurangnya 5 tahun ke atas
  2. Lingkungan gaji isi rumah di antara RM4,800 sehingga RM11,000
  3. Permohonan dibuka kepada individu sahaja, bukan kepada perniagaan atau penggunaan premis perniagaan
  4. Pengguna perkhidmatan unifi Home sedia ada tidak layak memohon melainkan yang masih menggunakan perkhidmatan unifi Lite atau Streamyx
  5. Berumur 18 tahun dan ke atas
  6. Satu isi rumah hanya layak untuk melanggan sekali sahaja

Untuk mendapatkan lebih maklumat berkenaan syarat kelayakan, andalah boleh menghubungi di talian 03-50304595/4596 (Isnin-Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang) kecuali cuti umum.

Sumber: Selangor Kini

Baca juga: Selangor Turut Tawar Subsidi Hingga RM30 Pakej Internet Untuk M40