Pada zaman serba moden ini, kita lihat hampir kesemua peranti pintar dilengkapi bateri dengan kapasiti yang besar. Oleh itu, mungkin ada dikalangan pembaca yang menganggap powerbank bukanlah satu gajet relevan ketika ini.
Sejujurnya, saya tidak bersetuju dengan anggapan tersebut kerana powerbank boleh dikatakan sangat penting ketika situasi kecemasan. Hal ini demikian kerana powerbank adalah sebuah alat sokongan, jadi kita tidak tahu waktu bila kita memerlukannya.
Oleh itu, saya ingin berkongsi kepada pembaca 5 powerbank terbaik bawah RM100 untuk setiap keperluan.
**Harga barangan yang dinyatakan adalah ketika artikel ini dibuat. Sebarang perubahan harga boleh berlaku dan tertakluk kepada pihak penjual.
{snap}
Pineng PN-861PD
(Powerbank Kapasiti 20,000mAh Terbaik Bawah RM100)
Dengan saiz bateri peranti semakin besar ketika ini, sudah semestinya kita memerlukan powerbank dengan kapasiti besar. Oleh itu, Pineng PN-861PD adalah pilihan powerbank dengan kapasiti 20,000mAh terbaik bawah RM100 untuk pembaca sekalian.
Ia mempunyai skrin LED untuk memamaparkan kapasiti semasa dan guna bateri jenis Polimer Litium. Mempunyai 4 port sambungan – 2 USB-A, 1 USB-C dan 1 Mikro.
Selain waranti selama 12 bulan, powerbank ini menyokong pengecasan pantas QC3.0 dan PD3.0 hingga 20W. Didatangkan dalam warna hitam dan putih, pembaca boleh membelinya pada harga sekitar RM58 ke atas melalui puatan di bawah:
{snap}
Aukey PB-N36
(Powerbank Dengan Waranti Paling Lama Terbaik Bawah RM100)
Aukey merupakan salah satu jenama gajet dan aksesori terbaik yang ada di pasaran ketika ini. Aukey PB-N36 pula merupakan salah satu powerbank daripada mereka dengan kapasiti besar 20,000mAh.
Dalam senarai ini, Aukey PB-N36 adalah satu-satunya powerbank dengan waranti paling lama iaitu 2 tahun dengan waranti kilang. Aukey PB-N36 tidak mempunyai skrin LED tetapi menggunkan lampu LED sebagai penanda paras bateri di dalamnya.
Powerbank ini mempunyai 2 port USB-A, 1 port mikro dan 1 port lightning. Pembaca boleh membeli Aukey PB-N36 dengan harga sekitar RM79.90 dan ke atas sahaja.
{snap}
Pineng PN-899PD
(Powerbank Dengan Kapasiti Paling Besar Terbaik Bawah RM100)
Jika pembaca inginkan powerbank yang berkualiti, harga bernas bawah RM100 tetapi padat dengan kapasiti yang besar, Pineng PN-899PD adalah untuk anda.
Pineng PN-899PD mempunyai kapasiti gergasi 30,000mAh dan juga adalah yang paling berat antara semua dengan berat 642g. Powerbank ini mempunyai skrin LED dan sokongan Quick Charge 3.0 dan Power Delivery 3.o
Selain waranti selama 1 tahun, Pineng PN-899PD mempunyai 5 port sambungan – 2 USB-A, 1 USB-C, 1 Lightning dan 1 mikro. Powerbank ini boleh didapati pada harga sekitar RM90 ke atas.
{snap}
REMAX RPP-281
(Powerbank Dengan Sokongan Pengecasan Wayales Terbaik Bawah RM100)
Pembaca yang inginkan powerbank yang sokongan pengecasan tanpa wayar sangat digalakkan untuk membeli REMAX RPP-281 ini. Powerbank ini hadir dengan waranti selama 6 bulan sahaja tetapi dilengkapi paparan LED.
Menariknya lagi, ia dibina sekali dengan 2 kabel lightning dan USB-C padanya. Oleh itu, memudahkan pengguna yang ingin memilikinya. Berbanding powerbank wayarles yang lain dipasaran, REMAX RPP-281 mempunyai pengecasan wayarles antara yang tertinggi 15W.
Powerbank ini mempunyai 2 port sambungan – USB-A dan USB-C dan kapasiti standard 10,000mAh sahaja untuk si pengguna. REMAX RPP-281 boleh dibeli pembaca pada tanda harga sekitar RM97 sahaja.
{snap}
Baseus Q Pow
(Powerbank Dengan Estetik Dan Binaan Paling Menarik)
Powerbank Baseus ini satu-satunya gajet dalam senarai ini yang mempunyai harga melebihi RM100. Tetapi ia sangat berbaloi kerana Baseus sertakan sekali kabel USB yang terbina bersama.
Menariknya lagi, kabel tersebut disaluti bahan TPE yang berkualiti dan tahan lama, mahal kabel tersebut boleh dijadikan pemegang powerbank jika tidak digunakan.
Powerbank Baseus ini mempunyai kapasiti 20,000mAh, pengecasan pantas hingga 20W (22.5W untuk peranti Huawei) dan mempunyai paparan LED.
Powerbank ini mempunyai 1 port USB-A, 1 port USB-C dan 1 port lightning. Pembaca boleh mendapatkan powerbank ini pada harga sekitar RM125 sahaja.