Baru-baru ini, Canalys yang merupakan penganalisis pasaran teknologi telah mengeluarkan satu carta dengan perisisan 5 jenama telefon pintar yang mempunyai pegangan pasaran tertinggi di Malaysia pada suku ketiga tahun 2023.
Berdasarkan carta di atas, Xiaomi masih kekal di tangga yang teratas selepas mengalahkan Samsung pada analisis suku kedua yang lepas dengan 17% bahagian unit dalam penghantaran jualan masuk. Begitu juga dengan Samsung yang kekal di tangga yang kedua.
Tempat ketiga pula dimiliki oleh vivo setelah merampas tempat OPPO yang sekarang berada di tempat keempat akibat pengurangan dalam bahagian unit dan pertumbuhan tahunan mereka.
Selain daripada 4 jenama di atas, realme kini telah menjadi tumpuan dalam carta ini walaupun kedudukannya masih kekal di tangga kelima tetapi pertumbuhan tahunan mereka meningkat sebanyak 211% untuk penghantaran jualan masuk.
Hal ini mungkin disebabkan oleh pelancaran realme 11 Pro+ 5G yang dilengkapi dengan ciri SuperZoom OIS 200MP pertama di dunia.
Dalam pada itu, peningkatan pertumbuhan tahunan realme juga dilihat meningkat sebanyak 6% pada suku kedua dan ianya mungkin berkembang lagi pada suku ketiga.
{suggest}
Sumber: Siaran Media realme