Headphone adalah sebuah peranti audio yang sama dengan earphone tetapi berbeza faktor binaannya. Disebabkan fon kepala mempunyai struktur binaan yang lebih besar, kualiti audio yang diberikannya juga lebih baik berbanding fon telinga.
Selain 5 TWS terbaik 2022 yang telah saya kongsikan sebelum ini, artikel ini akan membantu pembaca mengenali 5 fon kepala terbaik bagi tahun 2022.
**Harga yang dinyatakan adalah ketika artikel ini dibuat, sebarang perubahan harga termaktub sepenuhnya kepada tangan jenama dan penjual.
Gambar utama: RTINGS.com
{snap}
Sony WH-1000XM5 (Sekitar RM1,299)
(Fon Kepala Terbaik Keseluruhan Tahun 2022)
Sony WH-1000XM5 adalah pengganti bagi XM4 yang sudah sememangnya terkenal dengan kualiti audio menakjubkan. XM5 menawarkan kualiti audio dalam kelasnya tersendiri.
Selain itu, ciri ANC XM5 juga telah dipertingkatkan dan berdasarkan pengalaman saya menggunakannya, pembaca akan rasa seolah-olah terpisah dengan dunia luar.
Walau bagaimanapun, XM5 dijual pada tanda harga yang jauh lebih mahal tetapi menawarkan pembaharuan yang tidak jauh besar berbanding pendahulunya, XM4.
Namun, jika duit bukanlah faktor penghalang kepada pembaca dan kualiti audio adalah keutamaan, Sony WH-1000XM5 boleh didapati pada harga promosi sekitar RM1,299.
Beli di Lazada
{snap}
Bose QuietComfort 45 (Sekitar RM1,200)
(Fon Kepala Dengan Keselesaan Terbaik Tahun 2022)
Walaupun selepas setahun ia dilancarkan, Bose QuietComfort 45 kekal sebagai juara bagi fon kepala paling selesa di pasaran sampai ke hari ini.
Jika pembaca utamakan keselesaan tetapi pada masa yang sama inginkan kualiti audio, ANC dan jangka hayat bateri yang baik, Bose QuietComfort 45 adalah jawapannya.
Kusyen telinga pada fon kepala ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana peranti audio lain di pasaran dari segi keselesaan.
Selain kualiti ANC yang baik, Bose QuietComfort 45 tawarkan waktu penggunaan hingga 24 jam dan boleh dilipat supaya mudah dibawa.
Pembaca boleh mendapatkan Bose QuietComfort 45 pada harga sekitar RM1,200.
{snap}
Bose 700 (Sekitar RM1,600)
(Fon Kepala Dengan Ciri ANC Terbaik Tahun 2022)
Berbanding peranti audio yang ada di pasaran, Bose 700 adalah raja bagi kualiti ciri ANC dalam sesebuah fon kepala. Walaupun dibandingkan Sony XM4, fon kepala Bose 700 ini ternyata lebih handal.
Bose 700 dilengkapi 8 mikrofon, 6 daripadanya bertanggungjawab memberikan kualiti audio ANC terbaik daripada Bose. Selain rekaan yang moden, ia menawarkan 11 laras ciri ANC untuk sebarang keadaan, tempat dan frekuensi yang berbeza.
Walau bagaimanapun, kemampuan jangka hayat baterinya agak lemah berbanding yang lain, hanya 20 jam sahaja dengan sekali cas. Pembaca boleh membeli Bose 700 dengan harga RM1,600++.
{snap}
Sennheiser Momentum 4 Wireless (Sekitar RM1,800)
(Fon Kepala Dengan Jangka Masa Penggunaan Paling Lama 2022)
60 jam, benar itu adalah masa penggunaan yang pembaca akan dapat menikmati dengan sekali cas sahaja. Malahan, ia adalah lebih lama daripada 2 hari dan masih tidak dapat ditandingi oleh mana-mana fon kepala.
Selain itu, ia dikatakan mampu bertahan hingga 60 jam dengan ciri ANC diaktifkan. Jika pembaca mencari fon kepala yang tahan lama penggunaannya, tiada yang lain selain Sennheiser ini.
Walaupun begitu, fon kepala ini juga menawarkan kualiti audio yang baik dan ANC yang sangat kompetitif. Pembaca boleh dapatkan Sennheiser Momentum 4 Wireless ini pada harga sekitar RM1,800 yang agak keras.
{snap}
Apple AirPods Max (RM2,399)
(Fon Kepala Mewah Terbaik, Khas Untuk Pengguna Apple 2022)
Walaupun dijual pada harga yang koyak poket, Apple AirPods Max menawarkan kualiti audio yang sangat baik bersama binaan fizikal yang kukuh dan tahan.
AirPods Max adalah antara fon kepala dengan binaan paling berkualiti sekali di pasaran. Tidak lupa juga ia menawarkan prestasi audio ruangan yang memberangsangkan.
Selain itu, ciri ANC yang ditawarkan AirPods Max adalah yang terbaik dikalangan peranti audio daripada Apple. Namun, prestasi baterinya hanya bertahan sekitar 20 jam sahaja dengan ciri ANC diaktifkan.
Pembaca yang menggunakan peranti Apple boleh mendapatkan Apple AirPods Max pada harga sekitar RM2,399 sahaja.