Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5 Ciri Menarik Dalam Model Pro Siri iPhone 14

Posted on September 9, 2022September 9, 2022

Apple telah melancarkan siri iPhone 14 pada awal pagi Khamis, 8 September sebelum ini. Apple telah menampilkan 4 model baharu dalam siri iPhone 14 ini – iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Antara tarikan utama dalam siri 14 ini, Apple telah memperkenalkan model Pro dengan pelbagai ciri baharu yang lebih baik, moden dan terkini dalam industri telefon pintar.

Berikut adalah 5 ciri menarik yang hadir dalam model Pro siri iPhone 14:

{snap}

Paparan Berlubang Pil (Ciri Dynamic Island)

Apple mempergayakan paparan berlubang yang yang lebih baharu, moden dan ramping. Tetapi yang menariknya adalah bagaimana Apple menutup kehadiran paparan berlubang itu dengan ciri Dynamic Island yang baharu.

Ciri ini membuatkan pengguna tidak sedar akan kewujudan paparan berlubang pada skrin model Pro ini.

Meskipun lambat menawarkannya, Apple patut dipuji dengan penyelesaian terbaik yang mereka bawakan bagi menutup kewujudan pil itu sendiri.

{snap}

Ciri Kecemasan Satelit

Apple merupakan pengeluar peranti pintar kedua yang memperkenalkan ciri ini selepas siri Huawei Mate 50.

Ciri ini membolehkan pengguna siri iPhone 14 untuk mendapatkan sambungan satelit ketika berada dalam situasi kecemasan.

Oleh itu, ciri ini tidak boleh sewenang-wenangnya disalah guna.

Walaupun hanya tersedia di Amerika dan Kanada sahaja, ciri ini merupakan satu pembawakan baharu untuk industri telefon pintar ini.

{snap}

Always On Display

Buat julung kalinya, Apple telah membawa ciri always-on-display (AOD) ini ke dalam model Pro siri iPhone 14.

Ramai pengguna dan peminat iPhone menantikan ciri ini dibawa ke dalam peranti Apple.

Menariknya lagi, ciri ini berbeza dengan apa yang ditawarkan Android kerana iPhone turut menampilkan sekali wallpaper pengguna.

Selain itu, Apple memastikan ciri AOD ini berada pada kecerahan yang sangat malap dan menurunkan kadar segar semula kepada 1Hz bagi menjimatkan penggunaan bateri.

{snap}

Kamera 48MP Yang Baharu

Model Pro siri iPhone 14 ini merupakan barisan iPhone terawal yang dipadankan sensor kamera 48MP yang baharu.

Oleh itu, kita boleh jangkakan kualiti gambar yang dihasilkan lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Peminat Apple juga sekian lama menantikan kamera baharu ini kerana Apple sebelum ini acap kali setia kepada sensor 12MP-nya.

{snap}

Cip Pemprosesan 4nm Apple Baharu (A16 Bionic)

Secara ringkasnya, setiap cip A Bionic daripada Apple ini tidak dinafikan berprestasi tinggi, berkuasa dan kelancaran yang diberi kepada pengguna iPhone.

Malahan cip A15 Bionic terdahulu juga masih dan akan kekal relevan lagi untuk tahun-tahun mendatang.

Tetapi, dengan saiz 4nm yang baharu pada cip A16 Bionic, prestasi, kuasa, dan kecekapan yang ditawarkan pasti lebih padu dan ‘madu’ daripada pendahulunya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress