Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5 Aksesori Berkualiti Bawah RM50 Untuk Pengguna iPhone

Posted on Januari 5, 2022Januari 5, 2022

Antara aduan yang sering didengar daripada pengguna iPhone ialah penurunan Battery Health. Umumnya, kapasiti bateri sememangnya akan menurun dari masa ke masa kerana ia digunakan setiap masa.

Pun begitu, jika anda sering menggunakan aksesori yang tidak diiktiraf seperti kabel murah dan pengecas tanpa jenama, ia berkemungkinan akan menjejaskan kesihatan bateri dan komponen dalaman.

Antara cara untuk mengurangkan risiko kerosakan pada perkakasan dalaman iPhone adalah dengan menggunakan aksesori yang diiktiraf Apple melalui label MFi (Made for iPhone/iPad/iPod).

Di sini kami senaraikan aksesori daripada jenama terkenal iaitu Ugreen yang kebanyakannya mempunyai pengiktirafan MFi, jaminan dari penjual dan yang paling penting, harganya bawah RM50.

1. Pengecas 20W (~RM 36)

Bagi iPhone 8 dan ke atas, anda boleh memanfaatkan pengecasan pantas 18W (20W untuk iPhone 12 dan 13) namun ia hanya boleh dicapai dengan sambungan USB Type-C (pada pengecas) dan Lightning (pada iPhone/iPad/iPod). Jika anda menggunakan sambungan USB Type-A, kelajuan pengecasan hanya terhad 5W walaupun pengecas anda mampu mengecas lebih laju.

Untuk mendapatkan pengecasan pantas, anda perlu menggunakan pengecas yang menyokong USB-C (USB Type-C) kerana ia disertakan dengan piawaian PD (Power Delivery).

  • Klik sini untuk beli di Shopee
  • Klik sini untuk beli di Lazada

2. Kabel USB-C ke Lightning (RM33-RM45)

Disuaikan dengan pengecas 18W atau ke atas, pastinya anda dapat mengecas peranti Apple anda dengan lebih pantas dalam masa yang singkat. Jangan risau, kabel ini diiktiraf Apple melalui MFi.

  • Shopee
  • Lazada

3. Kabel USB-A ke Lightning (RM29-RM45)

Namun, jika anda tidak mempunyai pengecas 18W tetapi mahu menggunakan kabel USB-A yang diiktiraf MFi, ini adalah jawapannya. Terdapat dua jenis bahan untuk kabel ini iaitu getah biasa dan nilon. Nilon sering dikaitkan dengan ketahanan yang lebih baik namun harganya sedikit mahal.

Getah:

  • Klik sini untuk beli di Shopee
  • Klik sini untuk beli di Lazada

Nylon:

  • Klik sini untuk beli di Shopee
  • Klik sini untuk beli di Lazada

4. Adapter Lightning ke Port Audio 3.5mm (RM38-RM47)

Untuk iPhone 7 dan ke atas yang tidak mempunyai port audio 3.5mm, menggunakan adapter dari Apple mungkin tidak bertahan untuk jangka masa panjang. Antara adapter yang tampak lebih tahan lasak dan lama ialah adapter daripada Ugreen ini. Ia juga mempunyai pengiktirafan MFi jadi tak perlu risau tentang kualiti.

Untuk aksesori ini juga ia mempunyai dua pilihan, sama ada diperbuat daripada getah atau nilon.

Getah:

  • Klik sini untuk beli di Shopee

Nilon:

  • Klik sini untuk beli di Shopee
  • Klik sini untuk beli di Lazada

5. Pengecas Tanpa Wayar 10W (RM40-RM47)

Seiring dunia bergerak ke arah tanpa wayar, pengecas tanpa wayar ini menyokong sehingga 10W.

  • Klik sini untuk beli di Shopee
  • Klik sini untuk beli di Lazada
  • Klik sini untuk beli di Lazada

Tambahan, untuk yang mempunyai bajet lebih, anda boleh dapatkan pengecas wayarles berkelajuan 15W, harganya sekitar RM60.

  • Klik sini untuk beli di Shopee
  • Klik sini untuk beli di Lazada

Setakat ini sahaja untuk aksesori berbaloi kali ini. Tinggalkan komen jika anda mempunyai sebarang permintaan lain seperti untuk Android atau sebagainya.

Baca juga:

  • Era BlackBerry OS Berakhir, Semua Peranti Sudah Tidak Boleh Digunakan Walaupun Buat Panggilan
  • Kos Tukar Bateri Lebih Dari RM90K, Pemilik Tesla Ini Ambil Keputusan Untuk Letupkan Kereta
  • iPhone 14 Mungkin Hadir Dengan Storan Serendah 64GB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress