Sempena jualan 9.9, CelcomDigi kini membawakan tawaran menarik untuk pengguna pascabayar dan prabayar.
{suggest}
Bermula hari ini, 6 September hingga 12 September 2023, berikut merupakan 4 tawaran menarik yang disediakan untuk pengguna CelcomDigi.
1. Pas Internet 99GB/RM9 untuk 4 hari
Kedua-dua pengguna Celcom dan Digi bagi pelan pascabayar dan prabayar boleh membuat pembelian pas internet berkelajuan tinggi 99GB/RM9 dengan tempoh sah selama 4 hari.
Pembelian boleh dilakukan melalui aplikasi MyDigi atau Celcom Life, laman web Celcom atau Digi Store Online.
2. 50% diskaun dengan Super Long Life
Pengguna Celcom dan Digi kini boleh melanjutkan tempoh sah talian prabayar dengan diskaun 50%. Berbanding RM108, pengguna hanya perlu bayar RM54 untuk tempoh sah talian prabayar selama setahun.
Pembelian boleh dilakukan melalui aplikasi MyDigi atau Celcom Life.
3. Samsung A14 LTE RM499
Tanpa memerlukan kontrak, Samsung A14 LTE boleh dibeli pada harga RM499 bermula hari ini sehingga 12 September 2023.
4. Honor X8a 5G RM699
Selain Samsung A14, CelcomDigi turut menawarkan Honor X8a 5G dengan harga RM699, juga tanpa kontrak.
Semua pengguna CelcomDigi boleh membuat pembelian Samsung A14 LTE atau Honor X8a 5G melalui CelcomDigi Online Store.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran CelcomDigi sempena jualan 9.9, layari laman web Celcom atau Digi.
Sumber: Siaran akhbar CelcomDigi