Pada minggu lalu, WhatsApp telah pun perkenalkan ciri baru yang membolehkan anda menyertai panggilan video berkumpulan walaupun grup panggilan video itu sudah bermula.

Malah ciri baru itu turut membolehkan pengguna keluar dan masuk semula dari panggilan tersebut selagi panggilan kumpulan itu masih berlangsung.

Walaubagaimanapun, mungkin ada perkara yang anda tidak sedar berkaitan ciri yang ada panggilan video berkumpulan WhatsApp.

1. Terhad hanya 8 peserta

Bagi anda yang masih tertanya-tanya berapa ramaikah peserta yang boleh menyertai panggilan video WhatsApp, ia hanya terhad kepada 8 orang sahaja pada satu-satu masa.

2. Boleh tutup video panggilan

Ketika panggilan video berkumpulan berlangsung, anda boleh menutup video  anda dengan tap pada ikon Video off.

3. Tidak boleh buang orang hubungan

Ketika panggilan video sedang berlangsung, anda tidak boleh membuang orang hubungan yang sedang di atas talian bersama anda. Panggilan mestilah dibatalkan terlebih dahulu barulah orang hubungan itu boleh dibuang dari senarai orang hubungan anda.

4. Orang hubungan yang disekat mungkin ada sekali dalam panggilan video berkumpulan

WhatsApp menyatakan, orang hubungan yang telah disekat anda boleh berada sekali dalam panggilan video berkumpulan yang disertai anda.

Bagimanapun, anda tidak pula boleh memasukkan orang hubungan yang telah disekat anda bagi menyertai panggilan video berkumpulan yang disertai anda.

Begitu juga keadaan di mana orang yang telah menyekat anda turut tidak boleh memasukkan anda bagi menyertai panggilan video kumpulan yang disertainya.

Sumber: WhatsApp

Baca juga: WhatsApp Perkenalkan Ciri Baru Sertai Panggilan Kumpulan

WhatsApp Jadi Aplikasi Permesejan Yang Digemari Scammer Untuk Cari Mangsa