Gejala penipuan dalam permainan video bukanlah sesuatu yang asing bagi kebanyakan penggemar permainan video di luar sana. Golongan ini sering dianggap penakut oleh pemain lain kerana tidak berani bermain secara adil dengan kemahiran mereka sendiri.
Bagaimanapun, pada kejohanan liga PUBG Amerika Utara, National PUBG League(NPL) baru-baru ini, 4 pemain profesional daripada 4 pasukan berbeza telah ditangkap menipu semasa menyertai kejohanan berkenaan.
Mereka ialah Christian “Cuhris” Narvaez, Liam “Liammm” Tran, Tyler “DevowR” Sti, dan Mark “Tefl0n” Formaro. Pasukan yang diwakili oleh mereka(Reapers, Totality, Death Row, dan Almost) juga telah disingkirkan daripada kejohanan serta-merta.
Kesemua mereka didakwa telah menggunakan “program yang tidak diiktiraf” semasa bermain. Keempat-empatnya juga dikatakan menggunakan perisian pihak ketiga bagi menipu dalam perlawanan awam serta kelayakan NPL.
Mereka yang terlibat telah digantung daripada menyertai mana-mana kejohanan e-sukan selama tiga tahun, bermula dari tarikh 31 Disember 2018. Pengumuman mengenainya telah dibuat oleh PUBG melalui akaun Twitter rasminya baru-baru ini.
Competitive Ruling: Multiple Players
Christian “Cuhris” Narvaez
Liam “Liammm” Tran
Tyler “DevowR” Sti
Mark “Tefl0n” Formaro pic.twitter.com/qqPFBy05Yy— PUBG Esports (@PUBGEsports) December 31, 2018
Sumber: PUBG Esports