Pada 31 Mei lalu, TM meraikan pencapaian mereka apabila miliki lebih daripada 2 juta pelangga unifi.

Sempena dengan itu, unifi menawarkan 3 tawaran menarik untuk pelanggan baru dan pelanggan unifi sedia ada.

Bagi pelanggan unifi sedia ada, unifi menawarkan tontonan Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara percuma bermula 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Ia termasuklah 33 jenis sukan dan 339 acara yang boleh ditonton di 13 saluran HD menerusi unifi tv dan [email protected] play tv.

unifi juga menawarkan khidmat nasihat pengoptimum Wi-Fi secara percuma kepada pelanggan unifi Home sedia ada untuk mempertingkatkan pengalaman internet di rumah. Tetapi tawaran ini terhad kepada 100 pelanggan terawal sahaja.

Tawaran terakhir kepada pelanggan unifi Home Broadband sedia ada adalah mereka boleh menikmati pelan Unifi Mobile pascabayar 99 tanpa had hanya pada harga RM59 sahaja sebulan tanpa kontrak.

Ia termasuklah panggilan, data dan mesej teks tanpa had serta 10GB percuma hotspot.

Tetapi bagi pelanggan yang tidak melanggan unifi Home Broadband, mereka masih boleh menikmati tawaran pelan Unifi Mobile pascabayar 99 tanpa had pada harga RM59 juga, tetapi dengan kontak selama 12 bulan.

Untuk info lanjut, layari laman rasmi unifi.com

Sumber: TM