Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan sebanyak tiga infrastruktur telekomunikasi telah berjaya didirikan di dalam Parlimen Bera, Pahang.

Tiga infrastruktur telekomunikasi itu sekaligus membolehkan para penduduk Kampung Orang Asli Sungai Tuang, Felda Bukit Puchong dan Felda Bukit Mendi yang terletak di bawah Parlimen Bera menikmati jaringan telekomunikasi yang lebih baik dengan adanya rangkaian 4G.

Selain itu, SKMM turut memaklumkan dianggarkan sebanyak 192 talian jalur lebar tetap sedia ada di Felda Bukit Puchong dan Felda Bukit Mendi akn dinaik taraf kepada rangkaian kabel gentian optik yang dijangkakan siap menjelang suku pertama 2022 nanti.

Tidak terhenti setakat itu, 10 buah menara baharu lagi turut akan dibina dan dijangka akan bermula dibina seawal September 2021 dan dijangka siap secara berperingkat antara Mac hingga Jun 2022.

Stesen pemancar sedia ada yang berjumlah 57 stesen semuanya juga akan dinaik taraf kepada rangkaian 4G. Kerja-kerja naik taraf itu akan bermula pada Ogos 2021 dan akan siap secara berperingkat sehingga Mac 2022.

Sementara sejumlah 4,193 buah premis yang masih menggunakan teknologi berasaskan kabel tembaga untuk perkhidmatan jalur lebar tetap akan dinaik taraf kepada rangkaian gentian optik.

Inisiatif dirancang di bawah pelan JENDELA ini telah bermula semenjak suku pertama 2021 dan dijangka siap secara berperingkat menjelang suku kedua 2022.

Sumber: SKMM

Baca juga: 2 Menara Telekomunkasi Baharu Siap Dibina Di Kg. Rhu Sepuluh Dan Kg. Kuala Kubang

Penduduk Kemaman Kini Menikmati Jaringan Telekomunikasi 4G Yang Lebih Baik