Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini memaklumkan, sebanyak 3 buah menara komunikasi baharu telah berjaya didirikan di Temangan, Kelantan.

3 Menara itu diharap dapat memberikan jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik kepada kira-kira antara 1,000 hingga 1,500 orang penduduk di 3 kampung iaitu Kg. Pangkal Meleret, Kg. Jakar dan Kg. Pangkal Mak Wan.

Selain itu SKMM turut memaklumkan kerja-kerja menaik taraf liputan kepada 4G di 23 stesen pemancar komunikasi sedia ada di Temangan juga sedang giat dilaksanakan.

Terkini, 14 stesen pemancar telah siap dinaik taraf manakala baki selebihnya masih dalam pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2022.

Sumber: SKMM