Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Magic Keyboard Baharu Datang Kombinasi Warna Hitam Dan Perak

Posted on Mac 9, 2022Mac 9, 2022

Selari dengan pelancaran Mac Studio dan Apple Studio Display, tidak lengkap jika Apple tidak turut mengiklankan aksesori untuk set komputer tersebut.

Jadi, Apple juga pagi ini melancarkan model baharu untuk barisan aksesori sedia ada mereka iaitu Magic Keyboard, Magic Trackpad dan Magic Mouse.

Magic Keyboard menawarkan butang untuk Touch ID, butang baharu untuk emoji, Spotlight dan untuk mengunci Mac. Juga terdapat dengan butang berwarna putih, ia dijual pada harga RM729 di laman Apple Malaysia.

Untuk Magic Mouse pula, ia masih mengekal port pengecasan di tempat yang sama yang menyebabkan pengguna tidak dapat menggunakannya ketika dicas. Dijual dalam dua warna iaitu hitam dan putih, tanda harga ialah RM379.

 

Magic Trackpad juga telah disenarai di laman rasmi Apple Malaysia pada harga RM569 dan turut tersedia dalam warna putih dan hitam.

Baca juga:

  • iPad Air Dikuasakan Cip M1 Dijual Dengan Harga RM2699 Bermula 18 Mac 2022
  • Apple Kenalkan 2 Warna Baharu Untuk iPhone 13 dan 13 Pro
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Sebab Kenapa Produk Apple Mahal ‘Level’ Kayangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress