20 pasukan Malaysia dan 4 pasukan Singapura sedang berentap dalam PMPL MY/SG Season 2 bagi merebut hadiah terkumpul AS$150,000 dan menempah tempat ke perlawanan akhir PMPL SEA Season 2.
Pasukan Malaysia akan mengisi 20 slot manakala 15 slot adalah pasukan jemputan daripada musim 1 dan 5 slot lagi adalah dari pasukan Malaysia yang layak daripada Kejohanan PUBG Mobile National Championship (PMNC).
4 pasukan daripada Singapura iaitu 8GMT, Kingsmen, PPG dan Steel Hearts Esport juga berjaya menempah slot dalam PMPL MY/SG musim ini.
Pasukan yang bertanding dalam PMPL MY/SG Season 2 adalah:
Pasukan | Slot |
|
15 Pasukan Jemputan daripada PMPL MY/SG 2020 Season 1 |
|
5 pasukan terbaik PMNC 2020 |
|
4 pasukan terbaik Pusingan Kelayakan Singapura PMPL MY/SG 2020 Season 2 |
PMPL MY/SG Season 2 akan bermula dari rabu hingga ahad (19 hingga 23 Ogos) ini dan berlangsung selama empat minggu. Manakala acara kemuncak pertandingan ini bermula 25 hingga 27 September.
Tambahan lagi, kejohanan ini boleh ditonton secara langsung di laman Facebook Rasmi PUBG Mobile dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.
Setelah PMPL MY/SG Season 2 ini berakhir, pasukan terbaik berpeluang mewakili asia tenggara dan berentap dengan pasukan terbaik dari seluruh dunia dalam World League.