Sebelum ini Apple telah berkongsikan pelbagai ciri-ciri yang sedang dibangunkan mereka tetapi tidak kita ketahui akan waktu kehadirannya. Mengikut sumber, Apple bakal memperkenalkan Apple Pay Later dan Apple Card Savings Account dalam tahun 2023 ini.
Apple Pay Later
(beli dulu, bayar nanti)
Pada awalnya, ciri ini diumumkan dalam WWDC 2022. Ciri ini membolehkan setiap pembelian melalui Apple Pay dijelaskan dalam 4 kali pembayaran dengan sifar faedah untuk tempoh 6 minggu.
Tambah Apple lagi, ciri ini akan terintegrasi dengan aplikasi Apple Wallet tanpa sebarang pembayaran dan lebih selamat berbanding yang lain.
Apabila dilancarkan nanti, Apple Pay Later akan tersedia dimana-mana sahaja tempat yang terpilih di AS sama ada secara atas talian atau dalam aplikasi.
Apple Card Savings Account
(akaun simpanan secara terus ke dalam Apple Wallet)
Mengikut Apple, perkhidmatan ini menawarkan sebuah akaun simpanan yang terintegrasi secara terus dengan aplikasi Apple Wallet bagi pemegang Apple Card.
Memandangkan, ciri Apple Card hanya tersedia di AS ketika ini, berkemungkinan besar perkhidmatan ini juga terhad di AS ketika ia dilancarkan.
Berdasarkan sumber, perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyimpan ganjaran Daily Cash ke dalam akaun yang disediakan.
Tidak lupa juga pengguna boleh menjejaki jenis transaksi, pembayaran dan melakukan deposit daripada akaun bank yang dihubungkan.
{suggest}
Sumber: 9to5Mac
Gambar utama: Gizchina