Penyelidik keselamatan bernama Jonas Lykkegaard telah mendedahkan 2 pepijat baru yang terdapat di dalam sistem operasi Windows 10.

Pepijat pertama yang beliau dedahkan adalah berkaitan pepijat yang menyebabkan Windows 10 terdedah kepada isu penggodaman.

Menurut beliau, pengguna asing atau aplikasi yang diprogram boleh menyerang Windows 10 dengan menjadikan storan NTFS ditandakan sebagai rosak.

Sekaligus menyekat pengguna daripada menghidupkan Windows 10.

Pepijat kedua yang ditemui beliau pula baru-baru ini boleh menyebabkan berlakunya isu yang cukup popular pada sistem Windows iaitu ‘Blue Screen Of Death‘ (BSOD).

Isu tersebut berlaku apabila pengguna cuba membuka sesuatu fail menerusi laluan asing.

Sebagai contoh laluan membuka fail yang tidak melalui sistem fail Windows 10.

Pihak Bleeping Computer yang menghubungi Jonas Lykkegaard telah mengesahkan isu ini dan ia dikesan berlaku pada versi Windows 10 1709 dan terbaru.

Menjelaskan lebih lanjut, Jonas Lykkegaard menyatakan bahawa pepijat yang menyebabkan BSOD ini berpotesi digunakan bagi melancarkan serangan ‘denial of service‘ (DOS) pada pengguna komputer.

Berikutan penemuan ini, Bleeping Computer telah menghubungi pihak Microsoft dan ini respon dari Microsoft,

Microsoft has a customer commitment to investigate reported security issues and we will provide updates for impacted devices as soon as possible.

Sumber: Bleeping Computer