Berita baik kepada para penduduk di Kg. Rhu Sepuluh dan Kg. Kuala Kubang, Setiu, Terengganu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan penduduk di dua buah kampung itu kini boleh menikmati jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik.

Ia selepas dua buah menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah siap dibina dan mula beroperasi di kedua-dua kampung tersebut sejak bulan Jun yang lalu.

SKMM turut memaklumkan sebanyak 15 menara baharu lagi telah diluluskan dan dijangka akan siap beroperasi secara berperingkat bermula pada suku kedua tahun 2022 di dalam kawasan parlimen Setiu.

Malah kerja-kerja menaik taraf liputan kepada 4G di 78 menara sedia ada juga sedang giat dilaksanakan dan dijangka akan siap beroperasi secara berperingkat bermula Ogos ini sehingga Mac 2022 akan datang.

Sumber: SKMM