Syarikat pengeluar produk audio terkenal, 1MORE secara rasmi tiba di Malaysia pada bulan yang lalu. Terbaru, 1MORE kini memperkenalkan fon telinga TWS baharu iaitu ComfoBuds pada harga RM189.

Pemacu 13.4mm dimuatkan di dalam fon telinga ini dengan ciri pembatalan hingar latar (ENC) terbina untuk mikrofon bagi memberikan kualiti panggilan lebih jelas.

1MORE TWS ComfoBuds

Dengan berat hanya 3.8g, fon telinga ini sangat selesa untuk dipakai di telinga tanpa sebarang masalah. Dari segi ketahanan bateri, ia mampu dimainkan selama 4 jam dengan satu pengecasan penuh serta sehingga 18 jam bagi penggunaan bersama kerangka.

Ia turut mempunyai sokongan kalis percikan air dan peluh IPX5 dan Bluetooth 5.0.

Selain itu, 1MORE juga mengadakan promosi jualan 12.12 di Lazada bagi produk mereka yang lain seperti:

  • True Wireless ANC – RM699  RM599
  • Dual Driver ANC Pro Wireless Headphones – RM599  RM449
  • iBfree Sport Bluetooth In-Ear Headphones –   RM139 RM97
  • Piston Fit Bluetooth In-Ear Headphones –  RM119 RM99
  • Piston Fit In-Ear Headphones –  RM39 RM29 
  • Stylish Dual Driver In-Ear Headphones – RM99  RM79
  • Stylish True Wireless In-Ear Headphones – RM299  RM199
  • True Wireless Earbuds –  RM189 RM149 
  • Quad Driver In-Ear Headphones – RM599  RM449
  • Triple-Driver In-Ear Headphones – RM379  RM299

Terdapat banyak lagi promosi yang boleh anda dapatkan di Lazada pada 12.12 ini melalui kedai rasmi dalam talian 1MORE.