Hari ini 13 negara Eropah telah mengumumkan satu kerjasama untuk melabur dan membangunkan teknologi cip dan semikonduktor.

Perkara ini dilakukan adalah kerana mahu mewujudkan persaingan terhadap industri dari Amerika Syarikat dan juga Asia terutamanya.

Namun, antara salah satu faktor lain adalah kebimbangan mengenai isu sekuriti apabila teknologi yang digunakan adalah datangnya dari syarikat asing.

Ini adalah mengapa negara-negara ini mahu kurang bergantung terhadap teknologi luar dan membangunkan kelengkapan mereka sendiri.

Negara-negara yang terlibat dengan kerjasama ini adalah Jerman, Perancis, Sepanyol, Belgium, Croatia, Estonia, Finland, Greece, Itali, Malta, Belanda, Portugal dan juga Slovenia.

Sumber: Reuters