Di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa sebanyak 13 buah menara komunikasi baharu telah berjaya di bina di Negeri Johor.

13 Menara itu dibina di 4 buah daerah iaitu Muar, Mersing, Kota Tinggi dan Pontian.

SKMM memaklumkan, 3 menara telah dibina di Kg. Orang Asli Punan, Kg. Teriang dan di Jalan Endau-Mersing yang terletak di daerah Mersing dan 3 menara terletak di Daerah Pontian yang dibina di Kg. Parit Sulaiman, Kg. Hj. Ashari dan Kg. Buloh Kasap.

Manakala enam menara lagi telah dibina di daerah Kota Tinggi di Kg. Nior, Kg. Linting, Kg. Sg. Pacat termasuk di Jalan Jemaluang, Jalan Lombong, dan Jalan Tanjung Balau serta sebuah menara terletak di Kg. Bukit Bendar di daerah Muar.

Selain itu SKMM turut memaklumkan, terdapat sebanyak 23 lagi menara komunikasi baharu yang kini sedang dalam proses untuk dibina di 8 daerah di negeri Johor oleh pihak penyedia perkhidmatan yang dilantik dan dijangka siap secara berperingkat menjelang bulan Mac 2022.

Sumber: SKMM