Yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba, bagi anda yang tidak sabar-sabar lagi untuk memiliki iPhone 8 atau iPhone 8 Plus, pra-tempah bagi kedua-dua model ini telah pun bermula.
Salah satu laman e-dagang popular, 11Street dilihat sudah mula mengambil tempahan produk Apple berkenaan yang mana ia akan berakhir pada 30 September nanti.
Masing-masing akan dijual pada harga…
- iPhone 8 64GB – RM3649
- iPhone 8 256GB – RM4399
- iPhone 8 Plus 64GB – RM4149
- iPhone 8 Plus 256GB – RM4899
…bakal pembeli akan menerima aksesori tambahan secara percuma yang bernilai RM200 serta waranti selama 1 tahun daripada Apple Malaysia.
Antara aksesori yang akan diberi adalah…
- 1 unit Remax Lesu – Lightning USB Cable
- 1 unit KJD tempered glass
- 1 unit Cager Power Bank S15 6000mAh
- 1 unit KJD Back case
Untuk membuat tempahan, anda boleh layari 11Street Malaysia.
Sumber: 11Street Malaysia via TechNave