Sebagai sebahagian dari komitmen Microsoft untuk meneroka dan memupuk teknologi dalam kalangan syarikat pemula di Malaysia, 11 syarikat telah dipilih untuk menyertai program Microsoft Emerge X.

Microsoft Emerge X merupakan sebahagian dari inisiatif “Microsoft Highway to a 100 Unicorns” yang telah diperkenalkan di Malaysia dan juga 15 negara Asia Pasifik lain.

Melalui program ini, syarikat akan menerima latihan selama setahun daripada Microsoft for Startup yang akan membantu mereka meningkatkan dan mengembangkan perusahaan syarikat mereka.

Syarikat yang dipilih ini adalah

  • Alpha Red Services
  • Betacard
  • Leaderonomics Digital
  • Naluri Hidup
  • OrangeFIN Asia
  • SalesCandy
  • Setel
  • Softinn Solutions
  • Soft Solvers Solutions
  • Supplycart.my
  • Talentcloud.ai

Selain itu, syarikat-syarikat ini juga akan menerima kredit dari GitHub dan Azure, berpeluang menghadiri Founder Bootcamp selama 3 hari dan juga akses kepada klien perusahaan serta sesi interaksi bersama pakar dari Microsoft.

Sumber: Siaran Akhbar