Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rishi sunak uk pm

11 Fakta Tentang Rishi Sunak, PM UK Berusia 42 Tahun Dan Lebih Kaya Daripada Raja Charles III

Posted on Oktober 25, 2022Oktober 25, 2022

Rishi Sunak telah diuar-uarkan sebagai Perdana Menteri UK ke-57 selepas pertemuannya dengan Raja Charles III.

Ini selepas Liz Truss meletakkan jawatan hanya selepas 44 hari memegang jawatan sebagai PM Britain.

Para pemimpin dunia seperti PM India Narendra Modi berkongsi perasaan gembira dan berharap hubungan antara dua negara tersebut akan lebih akrab selepas ini.

Terdahulu, Rishi bertugas sebagai Menteri Kewangan di bawah Boris Johnson.

Teruskan tatal ke bawah untuk ketahui fakta-fakta menarik berkenaan perdana menteri terbaru UK ini.

{snap}

1. PM paling muda

Dengan usia 42 tahun, beliau akan menjadi Perdana Menteri termuda dalam sejarah UK sejak 1812. Beliau mula terkenal apabila dilantik sebagai Menteri Kewangan semasa Boris Johnson berkuasa sebagai PM Britain.

Beliau antara menteri terawal meletakkan jawatan di bawah Boris bahkan mula berkempen untuk jawatan PM beberapa jam selepas itu. Ini menyebabkan mula hilang sokongan rakan-rakan Parti Konservatif dan dianggap pembelot.

Rishi sebelum ini tewas pada Liz Truss semasa merebut jawatan presiden parti namun kali ini berjaya mencapai impiannya selepas 44 hari Truss berkuasa.

Kali ini, beliau mengalahkan Penny Mordaunt manakala Boris Johnson pula menarik diri daripada bertanding, mengatakan beliau tidak lagi mampu menyatukan ahli parti.

{snap}

2. PM pertama bukan kulit putih

Rishi juga ialah PM pertama bukan daripada kulit putih atau terma terkemuka digunakan Barat sekarang, “person of colour”. Ini agak menarik memandangkan UK ialah wilayah golongan berkulit putih.

Beliau mempunyai darah campuran India-Punjabi di mana orang tuanya berpindah daripada timur Afrika ke UK pada 1960an dulu. Bapanya seorang doktor kerajaan (NHS) manakala ibunya memiliki farmasi.

Presiden AS Joe Biden berkongsi rasa teruja dengan mengatakan ia sebuah pencapaian besar, “groundbreaking milestone”.

{snap}

3. PM pertama beragama Hindu

Selain daripada bukan berkulit putih serta daripada etnik minoriti di UK, Rishi juga menjadi PM pertama yang menganut agama selain Kristian.

Beliau merupakan seorang pengikut ajaran Hindu dan sebelum ini mengangkat sumpah jawatan ahli parlimen dengan kitab Bhagavad Gita.

{snap}

4. Antara yang paling cepat jadi PM

Perdana Menteri UK termuda ini hanya mengambil masa selama 7 tahun untuk daripada ahli parlimen ke kerusi PM.

David Cameron sebelum ini mengambil masa hanya 9 tahun namun kedua-duanya tidak dapat menandingi Pitt the Younger yang memegang rekod terpantas iaitu selama 2 tahun untuk menjadi PM.

{snap}

5. Kahwin anak “Bill Gates India”

Beliau berkenalan dengan isterinya, Akshata Murty semasa menuntut pengajian di Stanford University semasa peringkat sarjana. Isterinya ialah seorang pereka fesyen terkenal.

Akshata Murty merupakan anak perempuan Narayana Murthy iaitu pengasas bersama syarikat IT gergasi di India iaitu Infosys. Naryana digelar sebagai “Bill Gates India”.

Isteri Rishi mempunyai pegangan sebanyak 0.91% dalam Infosys yang bernilai sekitar £700 juta. Pasangan ini bagaimanapun dikecam pada April lalu kerana Akshata menggunakan kerakyatan India-nya untuk tidak membayar cukai UK.

Wakil Akshata kemudian mengumumkan bahawa beliau akan membayar cukai UK ke atas pendapatannya di luar negara untuk meredakan tekanan politik ke atas Rishi.

{snap}

6. Manusia ke-222 terkaya di UK

Digabungkan nilai kekayaan Rishi dan isterinya, mereka mempunyai kekayaan bernilai £730 juta (~RM4 bilion) menurut Sunday Times Rich List. Ini menjadikan mereka manusia ke-222 terkaya dalam UK.

Ini juga secara tidak langsung menjadikan Rishi sebagai ahli parlimen paling kaya.

The Guardian berkata beliau lebih kaya berbanding Raja Charles III dan permaisuri menghimpunkan kekayaan berjumlah £300-£350 juta sahaja, mengikut anggaran.

{snap}

7. Menteri Kewangan sebelum jadi PM

Seperti dinyatakan sebelum ini, Rishi pernah memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan di bawah Boris Johnson, dari Feb 2022 ke Julai 2022. Beliau antara yang berperanan besar mengemudikan UK sewaktu COVID-19 melanda.

Namun, sebelum menceburkan diri dalam politik, beliau ialah seorang penganalisis di Goldman Sachs. Selain itu, beliau juga merupakan rakan kongsi The Children’s Investment Fund Management yang dimiliki jutawan Chris Hohn.

Beliau kemudian ahli parlimen untuk Richmond (Yorks) dalam pilihan raya umum 2015 menggantikan ketua parti, William Hague. Ia dikatakan kerusi selamat untuk Parti Konservatif lebih 100 tahun.

Bajet pertama di bawah Rishi dibentangkan pada Mac 2020 di mana kerajaan UK peruntukkan £12 tambahan sebagai mitigasi untuk ekonomi yang terkesan akibat pandemik.

Pun begitu, Rishi menerima kritikan hebat kerana menurut British Hospitality Association, sekitar 350,00-500-000 pekerja dalam sektor itu didapati tidak layak untuk mendapat bantuan kerajaan.

Hal ini dikatakan kerana ada antara mereka terlalu lambat mendapat pekerjaan baru untuk dimasukkan ke dalam skim pekerjaan (job retention scheme).

{snap}

8. Penyokong Southampton FC

Rishi dilahirkan di Southampton, Hampshire pada 12 Mei 1982. Justeru, tidak hairanlah beliau merupakan seorang peminat Southampton FC dalam Liga Inggeris.

Walaupun berdarah Punjabi dan orang tuanya dilahirkan di Afrika, pasukan antarabangsa pilihannya ialah England. Beliau pernah menjadi pemegang tiket bermusim dan antara pemain kegemarannya termasuklah Matt Le Tissier.

{snap}

9. Pernah kata tidak mahu jadi PM

Pada 2020 ketika menjadi Canselor, beliau menjawab soalan tentang cita-cita untuk menjadi PM dengan berkata “Oh Tuhan, tidak. Pastinya tidak, melihatkan apa yang Perdana Menteri perlu lakukan.”

Menang kerusi parlimen di Richmond untuk pilihan raya umum 2015 yang berlangsung pada 2014, beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar sehingga 2017.

Dari 2018 ke 2019 pula, beliau bertugas di bawah Kementerian Perumahan, Komuniti dan Kerajaan Tempatan.

Selepas itu, beliau bertugas Ketua Setiausaha Negara dari 2019 ke 2020 dan kemudian sebagai Canselor Perbendaharaan British dari 2020 hingga 2022.

{snap}

10. Pernah didenda bersama Boris Johnson kerana sambut hari lahir

Pastinya ramai tahu Boris Johnson semasa memegang jawatan sebagai PM pernah didenda oleh polis kerana menyambut hari lahir ketika undang-undang pandemik tidak membenarkannya.

Rishi Sunak adalah salah seorang ahli politik yang berada dalam perjumpaan di Downing Stree itu pada 19 Jun 2020. Selepas Boris mengeluarkan kenyataan mengakui salah, Rishi turut sama memohon maaf petang itu.

{snap}

11. PM ketiga dalam masa setahun

Dalam 2022, UK memperoleh 3 perdana menteri. Selepas Theresa May meletakkan jawatan, tahun 2022 dimulakan dengan Boris Johnson sebagai PM.

Selepas pelbagai skandal dan kontroversi, beliau akhirnya meletakkan jawatan pada Julai lalu. Liz Truss kemudian menggantik Boris.

Disangka panas ke petang namun hujan di tengah hari, Liz menjadi PM terpendek dalam sejarah UK kerana hanya memegang jawatan tersebut selama 44 hari.

Antara tugas besar yang harus dipikul Rishi Sunak ialah pemulihan ekonomi dan kestabilan politik. Dengan nilai mata wang Pound teruk dan isu bekalan disebabkan Perang Rusia-Ukraine, bukan tugas mudah untuk kekal di kerusi PM ini.

Sumber: Kerajaan UK

Sumber: CNBC

Sumber: Live Mint

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress