Berikutan peningkatan kes COVID-19 yang semakin meningkat di Malaysia ketika ini, rakyat pastinya amat mengharapkan kerajaan segera untuk segera mendapatkan vaksin yang dapat mencegah daripada terus berlakunya peningkatan penularan kes jangkitan.
Untuk makluman semua, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan ketika ini terdapat sebanyak 10 vaksin COVID-19 yang sedang diteliti oleh KKM. Kesemua vaksin tersebut telah memasuki FASA III kajian klinikal iaitu:-
- Permohonan disaring
- Penerimaan pendaftaran
- Penilaian produk
- Penilaian dibentang ke jawatankuasa penilaian produk Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
- Produk dibentangkan ke pihak berkuasa kawalan dadah
- Penjanaan nombor pendaftaran
Jika dilihat daripada proses tersebut, ia pastinya akan mengambil sedikit lebih masa sebelum vaksin COVID-19 dapat diluluskan seterusnya sampai ke tangan pengguna.
Oleh itu, buat masa ini apa yang boleh dilakukan adalah kita semua terus mematuhi S.O.P yang ditetapkan kerajaan dalam usaha kita bersama memutuskan rantaian COVID-19.
#KitaJagaKita
Sumber: KKM