Telefon pintar di bawah RM2,000 sering menjadi tumpuan pengguna kerana kategori yang separa premium dan pada masa yang sama mampu milik.

Namun begitu, sudah tentu bukan semua telefon yang berada pada lingkungan ini adalah telefon yang berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan. Sehubungan dengan itu, kami menyenaraikan 10 telefon terpintar berharga bawah RM2,000 yang paling berbaloi untuk anda miliki pada ketika ini.

1. Xiaomi Mi 10T Pro – RM1999

Skrin: 6.67", 1080p IPS LCD, 144Hz
Cip Pemprosesan: Snapdragon 865
RAM: 8GB
Storan: 256GB
Kamera: 108MP utama + 13MP sudut lebar + 5MP makro
Swafoto: 20MP
Bateri: 5,000mAh, Pengecasan 33W

Rasanya tiada model lain yang mampu menggugat kedudukan Xiaomi Mi 10T Pro selaku model terkini yang paling berbaloi untuk dimiliki pada tahun 2020.

Tarikan utama ini selain harga mampu milik adalah skrin pantas 144Hz dengan HDR10+, kamera utama 108MP, cip pemprosesan Snapdragon 865, pembesar suara stereo, dan juga bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Walaupun ada yang beranggapan skrinnya hanya setakat LCD, namun sejujurnya kami sendiri mengakui ia merupakan skrin LCD yang sangat baik dan berkualiti.

Dengan harga rasmi yang ditawarkan pada RM1,999, tidak salah lagi memanggil Xiaomi Mi 10T Pro sebagai telefon paling berbaloi dimiliki jika anda mahukan spesifikasi tertinggi pada harga bawah RM2,000.

Beli Xiaomi Mi 10T Pro

2. realme X7 Pro – Sekitar RM1800

Skrin: 6.55", 1080p AMOLED, 120Hz
Cip Pemprosesan: Mediatek Dimensity 1000+
RAM: 6GB/8GB
Storan: 128GB/256GB
Kamera: 64MP utama + 8MP sudut lebar + 2MP makro + 2MP depth
Swafoto: 32MP
Bateri: 4,500mAh, Pengecasan 65W

Sayangnya realme X7 Pro merupakan sebuah model yang baik, namun ia tidak dipasarkan secara rasmi di Malaysia.

Disebabkan nilai berbaloinya agak banyak untuk pembelian di bawah RM2,000, saya senaraikan juga.

Perkara menarik mengenai realme X7 Pro adalah ia hadir dengan paparan AMOLED berserta 120Hz, pengecasan pantas 65W dan juga cip berkuasa dari MediaTek Dimensity 1000+.

Harganya tidak konsisten jika anda mencarinya di kedai atas talian disebabkan tidak dibawa masuk secara rasmi oleh realme. Rata-rata penjual menjualnya dengan harga sekitar RM1,800.

Beli realme X7 Pro

3. iPhone SE (2020) – RM1999

Skrin: 4.7", 750p IPS LCD
Cip Pemprosesan: A13 Bionic
RAM: 3GB
Storan: 64GB
Kamera: 12MP utama
Swafoto: 7MP
Bateri: 1,821mAh, Pengecasan 18W

Walaupun dari segi spesifikasi, ia bukanlah setanding dengan model Android. Namun jika ada pengguna yang mahu menggunakan iPhone di bawah harga RM2,000, ini merupakan pilihan paling sesuai.

iPhone SE (2020) telah dilancarkan pada April tahun ini yang merupakan model pengganti kepada iPhone SE pada tahun 2016.

Ia hadir dengan cip berkuasa A13 Bionic dan juga beberapa ciri premium seperti pembesar suara stereo, Wi-Fi 6, kalis air IP68, pengecasan tanpa wayar, dan kamera yang cemerlang.

Namun begitu, ia tetap mempunyai kelemahan utama seperti jangka hayat bateri yang kurang, skrin masih LCD dan resolusi hanya 750p, dan juga rekaan dari zaman telefon pintar 5 tahun lepas.

Beli Apple iPhone SE (2020)

4. Samsung Galaxy A71 – RM1699

Skrin: 6.7", 1080p AMOLED
Cip Pemprosesan: Snapdragon 730
RAM: 8GB
Storan: 128GB
Kamera: 64MP utama + 12MP sudut lebar + 5MP makro + 5MP depth
Swafoto: 32MP
Bateri: 4,500mAh, pengecasan 25W

Sebelum-sebelum ini Samsung terutamanya kelas pertengahan kurang mempunyai reputasi dianggap berbaloi apabila dibandingkan dengan telefon China seperti realme dan Xiaomi.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini mereka mula mengubah strategi dengan menyertakan spesifikasi lebih kompetitif. Samsung Galaxy A71 merupakan salah satu model agak berbaloi di bawah harga RM2,000.

Memfokuskan kepada cip jimat tenaga Snapdragon 730, paparan AMOLED, dan juga bateri berkapasiti besar 4,500mAh serta pengecasan pantas 25W.

Dengan reputasi Samsung sebagai pembuat skrin AMOLED terbaik, Galaxy A71 tidak akan mengecewakan anda dengan kualiti warna dan kecerahan paparannya.

Beli Samsung Galaxy A71

5. Huawei Nova 7 – RM1999

Skrin: 6.53", 1080p OLED 
Cip Pemprosesan: Kirin 985
RAM: 8GB
Storan: 256GB
Kamera: 64MP utama + 8MP sudut lebar + 8MP telefoto + 5MP makro
Swafoto: 32MP
Bateri: 4,000mAh, Pengecasan 40W

Idea menggunakan telefon pintar tanpa akses Google cuba dihidupkan Huawei. Untuk sesetengah pengguna yang sering bergantung dengan aplikasi seperti Google Photos, Google Drive dan sebagainya, ia mungkin sukar.

Namun, untuk pengguna yang mungkin kurang bergantung kepada akses Google ataupun mahu memiliki telefon kedua di bawah RM2,000 yang berbaloi, Huawei Nova 7 antara pilihan yang sesuai untuk anda.

Ia hadir dengan rekaan dan pilihan warna menawan di samping menawarkan cip Kirin 985, 8GB RAM, kuad kamera 64MP dan juga bateri berkapasiti 4,000mAh.

Skrinnya juga adalah dari jenis OLED Full HD+. Perkara lain adalah ia turut menyokong rangkaian 5G yang sesuai untuk pengguna yang mahu telefon 5G dalam harga mampu milik.

Beli huawei Nova 7

6. Xiaomi Mi Note 10 Lite – RM1599

Skrin: 6.47", 1080p AMOLED
Cip Pemprosesan: Snapdragon 730G
RAM: 8GB
Storan: 128GB
Kamera: 64MP utama + 8MP sudut lebar + 2MP makro+ 5MP depth
Swafoto: 32MP
Bateri: 5,260mAh, Pengecasan 30W

Xiaomi Mi Note 10 merupakan iterasi model kecil siri Xiaomi Mi Note 10. Model ini juga merupakan pilihan alternatif kepada pengguna yang merasakan Mi Note 10 adalah mahal kerana Mi Note 10 Lite ini hanya dijual pada harga rasmi RM1,599.

Pun begitu, ia masih hadir dengan spesifikasi menarik seperti paparan AMOLED , cip Snapdragon 730G, binaan premium, dan juga bateri berkapasiti besar 5,260mAh.

Disebabkan pelancarannya sudah beberapa bulan di pasaran Malaysia, anda mungkin boleh memiliki telefon ini dengan harga yang lebih rendah berbanding harga rasminya tersebut.

Beli Xiaomi Mi Note 10 Lite

7. OnePlus Nord – RM1799

Skrin: 6.44", 1080p AMOLED
Cip Pemprosesan: Snapdragon 765G
RAM: 8GB
Storan: 128GB
Kamera: 48MP utama + 8MP sudut lebar + 5MP depth + 2MP makro
Swafoto: 32MP utama + 8MP sudut lebar
Bateri: 4,100mAh, Pengecasan 30W

Untuk pengguna yang mahukan perisian lebih kemas dan minimal, anda mungkin boleh memilih OnePlus Nord.

Dilancarkan pada Julai lalu, OnePlus Nord menjadi telefon pertama OnePlus untuk kategori kelas pertengahan.

Cip yang digunakan adalah Snapdragon 765G yang turut menyokong rangkaian 5G.

Kelebihan utama telefon ini adalah dari segi paparan AMOLED 90Hz, bateri besar 4,100mAh, pengecasan laju 30W, kemaskini pantas dan yang paling penting pelancar antaramuka OxygenOS yang ringan.

OnePlus Nord juga adalah merupakan OnePlus pertama yang hadir dengan kamera sudut lebar pada bahagian hadapan.

Harga rasmi yang dijual adalah pada RM1,799 untuk model 8GB/128GB di Malaysia.

Beli OnePlus Nord

8. realme 7 Pro – RM1499

Skrin: 6.4", 1080p AMOLED
Cip Pemprosesan: Snapdragon 720G
RAM: 8GB
Storan: 128GB
Kamera: 64MP utama + 8MP sudut lebar + 2MP depth + 2MP makro
Swafoto: 32MP
Bateri: 4,500mAh, Pengecasan 65W

Penawaran realme melalui realme 7 Pro sedikit canggung disebabkan cip yang agak lama dengan Snapdragon 720G untuk harga rasmi RM1,499.

Namun begitu, dari segi spesifikasi yang ditawarkan, ia masih agak berbaloi dengan paparan AMOLED, pembesar suara stereo Dolby Atmos (sesuatu yang unik untuk lingkungan harga sebegini), bateri 4,500mAh dan yang paling menarik pengecasan pantas 65W.

Kameranya pula menggunakan sensor dari Sony IMX682 untuk 64MP utama manakala lensa lain adalah 8MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP depth.

Beli realme 7 Pro

9. OPPO Reno4 – RM1499

Skrin: 6.4", 1080p OLED
Cip Pemprosesan: Snapdragon 720G
RAM: 8GB
Storan: 128GB
Kamera: 48MP utama + 8MP sudut lebar + 2MP depth + 2MP makro
Swafoto: 32MP
Bateri: 4,015mAh, Pengecasan 30W

OPPO kebiasaannya bukanlah jenama yang peminat telefon pintar cari disebabkan penawaran dan strategi mereka hanya khusus terutamanya untuk arena fotografi.

Namun pun begitu, jika anda mahukan rekaan telefon dan pegangan yang selesa, Reno4 merupakan pilihan yang sesuai. Kelebihan utama telefon ini adalah ia hadir dengan berat hanya 165g dan nipis 7.7mm.

Ia jauh berbeza dengan telefon-telefon kelas yang sama kerana rata-ratanya berat dan tebal.

Dari segi penawaran, ia hadir dengan cip Snapdragon 720G, paparan AMOLED, dan kamera utama 48MP. Ia juga hadir dan sarat dengan pelbagai fungsi fotografi. Untuk pengguna yang mahukan pelbagai fleksibiliti ketika mengambil gambar, ini antara telefon yang tepat.

Pada mulanya ia dijual pada rasmi RM1,699, namun setelah beberapa bulan pelancaran, ia mula menerima potongan harga dari OPPO Malaysia kepda RM1,499.

Beli OPPO Reno4

10. vivo V20 Pro – RM1899

Skrin: 6.44", 1080p AMOLED
Cip Pemprosesan: Snapdragon 765G
RAM: 8GB
Storan: 128GB
Kamera: 64MP utama + 8MP sudut lebar + 2MP depth
Swafoto: 44MP utama + 8MP sudut lebar
Bateri: 4,000mAh, Pengecasan 33W

vivo, satu lagi jenama seperti OPPO yang memfokuskan kepada penawaran fotografi.

Dengan vivo V20 Pro, vivo memperkenalkan teknologi terbaharu Eye Autofocus pada kamera swafoto untuk fokus lebih pantas. Ia agak berguna terutamanya lagi-lagi untuk pengguna vlog.

Dari segi penawaran yang ditawarkan, ia dimuatkan dengan Snapdragon 765G, sedikit lebih berkuasa dari OPPO Reno4. Selain itu, spesifikasi lain juga agak baik dengan paparan AMOLED Full HD+, RAM 8GB, kapasiti bateri 4,000mAh, pengecasan pantas 33W, kamera utama 44MP dan juga 2 kamera swafoto 44MP + 8MP.

Sepertimana OPPO Reno4, vivo V20 Pro turut hadir dengan pelbagai fungsi dan mod fotografi.

Beli vivo V20 Pro

**Harga yang tertera adalah harga semasa ketika artikel ini ditulis dan mungkin berubah dari semasa ke semasa.